penting ni...!!!!!

senarai 'benda-benda' penting dalam hidup aku...

1. diri sendiri
2. keluarga
3. kawan-kawan
4. dan yang lain-lain

mendahului carta...diri sendiri...haruslah kita pentingkan diri sendiri dulu sebelum pentingkan org lain...aku ni memang org yang tersangat pentingkan diri sendiri...itu tidak bagus kan? tapi....ape kau kisah....sukati aku lah :-p

next is, keluarga....

then,,kawan-kawan..

and last but not least...........

malas pulak aku nak elaborate....nantilah kalau rajin aku edit lagi....

ok,,bye!

hari keluar result

ohoi...
pagi-pagi lagi aku dah bangun...
bangun-bangun terus duduk depan computer...

bukak student portal...hampa =(
bukak email pon..hampa =(
tatau mane nak cek result...kolot betol aku neh...
pastu chatting dengan bestfren tersayang,,dia bagitau
"cek result ko kat inbox,,kalau tak de,,tengok kat spam"

aku pon dengan gelojohnya pegi bukak yahoo.mail
(padahal sebelum ni ye ye aku gebang kat kawan-kawan aku tak nak cek result awal-awal...tunggu pas krismas nanti jela..hehe)
sebab aku tak confident lansung dengan result aku...

~kenangan lalu membuat diri ini mengalami symptom kecuakan melampau sebelum melihat result~

tapi setelah melihat......
:-)

tu je yang aku boleh bagitau...

p/s: tak suke bile orang yang tak berapa aku kenali sibuk-sibuk tanya pasal result aku...ko sape weyh nak sibuk sangat huh?? grrrr...

Gulllpppp (T_T)

tersangat lah malas nak update blog...
laptop rosak...
usb fon aku ntah kemana...si roomate pinjam tak pulangkan lagi kot...kalau update takde gambar comel2 rase cam tak best...mesti korang pon macam malas2 je nak tengok kan...
internet pon cam *tut..tut* kejap ok kejap tak..

kadang-kadang tu baru je semangat nak menaip, tiba-tiba pulak otak blank..
tatau nak tulis apa..
nak tulis entry jiwang-jiwang karang takut korang muntah hijau pulak baca..dah la page aku ni memang hijau ala-ala lumut ditepi perigi...isk..
nak buat diari hidup kat sini,,tersangat lah bukan aku...rasa macam tak perlu kot aku nak bagitau semua orang hari ni aku buat apa, bangun pukul berapa, tidur pukul berapa, makan apa, minum apa, mandi sehari berapa kali, bla..bla..bla..n bla...sebab aku tersangat lah sure korang tanak amek kisah pon pasal aku kan... hehe..

so nye,,ape je yang tinggal untuk aku carutkan di sini???

kenapa?

kenapa aku rasa sedih?
patutnya sekarang ni aku gembira, bahagia...
ada orang sayang...
ada orang ambil berat...
ada tempat mengadu...
ada tempat bermanja...

hrmmmmmmmmmm (?_?)

Bile dapat girlfriend cantik

bile dapat girlfriend cantik...
takut kena kebas dek orang lain,
confident level tinggi bukan main,
tak fikir panjang terus ajak kawen..

bile bini tu dah tak cantik...
mula la hari-hari asyik lambat balik,

hello bro..
awak tu dah ada bini,
masih lagi nak cari awek seksi?

tolong la sedar diri..
rumah dah kate "pergi,,pergi,,tak payah kembali lagi"
kubur pun kate "mari-mari, ke mari, aku sedang sunyi ni"

tak sedar-sedar jugak lagi????

hah..ni la dia..gara-gara terlalu emosi lepas baca surat khabar metro pagi tadi...
~sigh~

Selamat.........


Hari ni hari jadi kawan special aku...kawan yang pernah rapat dengan aku dulu....
kepada kawan ku..
*
*
*
*
Selamat menjadi-jadi ye...
Semoga panjang umur..
Semoga kekal ke anak cucu (eh,macam terpesong pulak ucapan ini,ah tibai lah)
Semoga dilimpah ruahkan dengan rezeki yang halal...
kalau ade rezeki lebih tu boleh la share sikit dengan kengkawan kat kajang ni..
Sorry la kalau sebelum ni org tak bape nak layan kamu sangat..kamu text, org tak reply.. kamu tegur kat facebook pun org layan cam nak tak nak...bukan ape, org cume tak nak takut kite rapat lagi...
Org nak cakap thanks kat kamu sebab pernah buat org gembira, selalu buat org ketawa, seronok sangat dapat kawan dengan kamu..

erm...ape lagi nak cakap..dah tak de kot...

nah ni..kek birthday untuk kamu..ni je yang mampu org bagi..hehe







ikhlas dari sahabat mu



insaf sekejap..huh?

ekcely kan... ekcely kan kan kan...ade banyak sangat benda aku nak share dengan korang...tapi disebabkan TERLALU banyak, aku tak tau macam mana nak tulis..macam mana nak luahkan...macam mana nak nak nak laa...

Sedang aku sibuk menjelajah belog-belog yang menarik tertarik kau memang tembam, tiba-tiba tah macam mana aku boleh terbuka satu belog ni...

ayat-ayat dalam belog tu...perghhh boleh bikin hati bergetar, jantung membeku jari jemari terkaku...


 >> kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

>> Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.


membaca ayat-ayat begitu dipagi subuh yang hening begini membuatkan aku rasa macam ~macam mane ye nak cakap~  hrmmm...


>>Jauhilah perbuatan 'honeymoon' sebelum tiba masanya...

>>Jangan dekati zina. Ibarat menagih dadah, sekali terkena menjadi gian dan ketagih. Mahu lagi dan lagi, sampai bila?


Ni lagi...ayat yang buat aku rase macam nak mengalir ayor mate ayor hidong dan segale ayor yang ade kerana malu...malu pada......

>> Berkawan memang boleh untuk belajar, berkenalan dan bersembang tetapi jangan sampai tidak terkawal.

>> Berdua-duaan dengan pasangan bukan mahram adalah haram. Di dalam kereta berdua-duaan, di dalam rumah berdua-duaan, menaiki motor apa lagi saling merapat-rapat lagi haram. Apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan berbondong-bondonglah tentera iblis mengerumuni untuk menggoda supaya melakukan maksiat.


 ~renung-renungkan dan selamat beramal~

stopped already,perhaps...

Stop being good to me
Don't be good to me anymore
I don't have the confidence to kneel my knees and be hurt by love
Although I had the whole world because of love
Although i miss it, I'm unable to find the way


Stop being good to me
Don't be good to me anymore
I don't have the confidence to kneel my knees and be hurt by love
If you have other thoughts than me,
if you have different thoughts than me.
If somebody asks you who I am,
nonchantly introduce me as just someone you know..

Stop being good to me
Don't be good to me anymore..

saw this quotes on someone's facebook...

If you love 2 people at the same time, choose the second one.
Because if you truly loved the first one, you wouldn’t love another one..

sad (just a word)

Wake up in the middle of the night. First thing to do, check my hand phones. Empty. Try to continue my dreams. Urghhh ! I can’t. Reading back our previous conversation makes my heart goes ~hard to explain~


Seriously, I don’t know what to do “diluah mati emak, ditelan mati bapak”

-empty-

i know....
Every word, every sentence, every paragraph that I wrote here inside my blog might hurt somebody’s feeling.

People can easily say “ini belog aku kan, suka hati aku la nak tulis ape pon”

But for me, I rather let my blog ‘empty’ than to hurt that persons feeling…

So I have decided to think before I post something..

Hrmmm….

i feel lost without you ='(


sorry .

(Sorry seems to be the hardest word)




What I got to do to make you love me?

What I got to do to make you care?

What do I do when lightning strikes me?

And I wake to find that you're not there?



What I got to do to make you want me?

What I got to do to be heard?

What do I say when it's all over?

Sorry seems to be the hardest word.



It's sad, so sad

It's a sad, sad situation.

And it's getting more and more absurd.

It's sad, so sad

Why can't we talk it over?

Oh it seems to me

That sorry seems to be the hardest word.



motif gambar : ~entah~

buat si BF <----bestfriend....awak jangan nak manis sangat dengan saya boleh tak??

....kenapa lah awak baik sangat dengan saya.....
padahal kalau saya jadi awak,,haih tak nak lah saya jadi awak...
sebab kalau saya jadi awak,,mesti saya dah tak sanggup lagi nak hidup...

awak..awak =(

awak,,
first of all, saya nak minta maaf kat awak sangat-sangat...
saya tau awak marah kat saya...
saya tau awak kecil hati dengan saya...
saya tau awak benci saya (walaupun awak kata awak tak kejam sangat untuk benci saya)
tapi saya tau...dalam hati awak tu, mesti ada jugak rasa benci awak kat saya kan...

awak,,
saya nak awak tau, saya buat semua ni bukan sebab sengaja...
saya terpaksa...terpaksa sebab saya tau hubungan kita tak akan kemana-mana...
ada yang menghalang...dan saya tak yakin yang saya boleh lepasi halangan itu..
ini soal keluarga...
ini soal mak ayah saya...

awak suruh saya tunggu...
tapi,,saya tak yakin yang saya boleh tunggu awak...
saya tak setabah awak...
saya takut bila saya buat awak tunggu, awak akan lagi kecewa...
sebab saya pernah rasa macam mana menunggu seseorang yang kita sayang, dan akhirnya kita dapat tau semuanya tak seperti yang diharapkan...
sakit sangat...sedih...frust menonggeng tertonggeng dan ditonggeng..tuhan je yang tau..

sumpah saya takut kehilangan awak...
saya sayang awak...
saya sayang persahabatan kita...

awak,,jodoh,,pertemuan,,perpisahan semuanya ditangan tuhan..
mungkin tuhan temukan kita sekarang,,tapi tuhan tak mahu kita bersama...
yakinlah,,ada hikmah disebalik semua ni..
saya doakan awak dapat perempuan yang jauh lebih baik daripada saya...
perempuan yang benar-benar sayangkan awak..
perempuan yang tak akan sia-siakan awak...
awak memang sahabat yang baik....
dan yang terbaik pernah saya dapat...
saya sayang awak......


ikhlas dari sahabat awak

cil-akak kau!

Kau dah buat dia suka kat kau...kau dah buat dia sayang kau...kau buat dia tunggu kau..lepas tu senang-senang je kau buang dia...kau dah buat dia sedih..kau dah buat dia sakit hati...
puas la hati kau sekarang??????

kenapa kau ni kejam sangat?
sanggup kan kau buat dia macam tu?
punyalah dia layan kau baik-baik...
punyalah dia ambil berat pasal kau...
punyalah dia pening-pening fikir pasal kau...
kau sikit pun tak hirau pasal dia...
bila kau bosan baru kau nak cari dia...
bila kau tak ada kawan baru kau nak cari dia..
bila kau ada masalah baru kau ingat dia...

kawan jenis apa kau ni?
pentingkan diri...
kawan macam kau memang tak layak dipanggil kawan...

='(

ups and down...

mood berubah-ubah..
kejap aku gembire sangat..
tiba-tiba sedih..
tiba-tiba nangis..
tiba-tiba gelak...
macam dah sewel pun ade...
haih..
ape nak jadi ni..
wake up!!! wake up!!
walau ape pun terjadi...
hidup mesti diteruskan...

pergi matilah awak!!!!!!!!

~ok, maaf teremosi tak bersebab~

M I S S

is missing someone...................



so freakin' bad...........

MDS

Orentasi. Bosan ok! Penat lagi. Isk,ni baru 3hari. Cepat la jumaat,nak balek umah. Hwaaa!

Hangat-hangat tahi cicak, hangat lagi cinta ku padamu..

Wah! title tidak boleh belah.
padahal nak tulis pasal hangat-hangat tahi ayam je.
aku aritu ye ye je deactivate facebook kan.
aleh-aleh tadi da active balik. pfft.
cakap tak serupa bikin betol.
rasa macam tak boleh la hidup tanpa facebook.
rasa macam ketinggalan keretapi gile2.
rasa macam hidup tak lengkap.
rasa macam semua lah.
haih..
ok mulai sekarang,
facebook....aku kembali sayang <3
hahaha..
=)

Degree...Here i come!!

alhamdulillah..
aku dapat sambung degree..
di mana?
kos apa?
hehehe..
rahsia...
tak nak bagitau korang.
tapi aku gembira sangat dapat kos ni.
mula-mula tu macam "hah aku dapat *** je?"
but bila fikir-fikir balik, wah macam-macam aku boleh buat after degree nanti.
aku boleh buat itu.. aku boleh buat ini..
aku boleh besarkan itu (besarkan????)
aku boleh besarkan ini..
nak mengembang mengempis pun boleh.
yang penting! nak kawen sebelum habis belajar lagi lagi la boleh.
hahaha (gelak gatal)
ok cukup.
fokus.
kata nak belajar sungguh-sungguh kan.
hmm tak sabar dah ni...
cepat cepat saya nak masuk U !!!!

its over ='(

BACK OFF..
tak payah la nak minta maaf..
kau tak salah kot..

DEACTIVATED!

ok facebook sudah di 'deactivated'
kenapa?
entah..
saje suka-suka.
aku cam dah malas la nak layan facebook.
buang masa, buang duit, buang tenaga, buang emosi,buang karan dan bla..bla..bla
so mulai sekarang, nak kontek aku through fon jela ek.
tanak dah munculkan diri kt facebook.
biar semua org rindu (wah, perasan gitu)
facebook ni banyak bikin jiwa aku kacau.
haih..
haih..
haih..

pas ni, kalau dapat sambung degree (insyaallah)
aku nak belajar sungguh2..
ye sungguh2..!

tanak jatuh cinta lagi.
cinta tu menyakitkan.
cinta2 punya cerita nanti lagi tiga empat tahun baru cakap ok.
sekarang kena FOCUS untuk masa depan.
yeah!!!!

lara lari

lately asyik buat entry sedih-sedih je kan..
nak wat camne, hati memang tengah sedih..
tak mampu nak berpura-pura gembire bahagia selamanya...
banyak benda nak cakap, tapi tak tau mana nak start..
pening sangat memikirkan tentang benda ni..
benda yang berkaitan hati dan perasaan..
haish...
mesti kalau aku tulis korang akan pening-pening lalat je membacanya..

tapi aku tak kire, nak tulis jugak..

bila aku cakap aku sayang pada seseorang..
aku maksudkan ape yang aku katakan tu..
aku bukan jenis orang yang suka bermain dengan kata-kata..

menyayangi tak semestinya memiliki..
memang susah nak terima semua tu..
tapi aku akan cuba..

percayalah, walau seramai mana pun yang datang menggoda..
aku tak kan pernah lupakan kau..
memang pada zahirnya nampak aku layan mereka,
tapi, tu cuma salah satu cara untuk aku tunjukan yang kononya aku boleh hidup tanpa kau.

ok. jiwang. uwekkk.
dah cukup.
bye~

dunia

nampaknya aku perlu teruskan hidup...buat macam tak ada apa-apa berlaku...selamat tinggal..biarlah semuanya jadi kenangan sahaja..terima kasih...sebab pernah bahagiakan aku..

kerana...dia

"Apa masalah kau?"
"Dia masalah aku."

tanya aku kepada diri sendiri...
macam org sewel pun ada aku ni...
kadang-kadang happy sangat...
pastu tibe2 nangis bagai nak rak...

aduh..
kalau berterusan begini..
mau kurus kering aku...
da ramai kot cakap aku makin kurus...
mula2 rasa gembira bila dengar..
tapi lama2 rasa macam ada yg tak kena...
kurus terlebih kot..
haih...

aku perlu BERUBAH..
lupakan kenangan yang merosakan ketenteraman jiwa ini...

Bila org dah tak nak,buat apa kita nak terhegeh-hegeh lg kan?



Current mood : neutral 

Lepas dah luahkan segala apa yang ada kat dalam kotak hati dan akal fikiran, aku rasa tenang. Rasa lega sangat. Entah dari mana datangnya kekuatan untuk aku cakap benda tu pada dia. Mungkin sebab dah terlalu lama aku simpan, takut basi atau dihurung lalat nanti lain pulak jadinya. 


Tertanya-tanya , tertunggu-tunggu, terkilan, tergeram, termarah, tersakit hati semuanya bersatu menjadi satu resipi baru dalam hidup aku. Umpama rojak buah yang dimakan dengan kuah hitam pekat melekat ditambah dengan manis masam masin dan pedas. Perghh meleleh ayaq idung babe. Haha. Bayangkan jika buah dan kuah itu ada kat dalam perut berhari-hari tanpa dilepaskan sebagai sisa kumbahan, apa akan jadi pada perut kita? Hah, lu pikir la sendiri. So, sebab itu aku decide untuk buang segalanya. Tanpa tinggalkan sebarang sisa pun. Biarlah semuanya berakhir hari itu. 

Setelah penat lelah aku mengarang ayat baik punya. Akhirnya ,segala apa yang tersirat sudah tersurat. Jawapan yang diberikan tidak la terlalu negative dan tidaklah juga terlalu positive. Thank god, aku dapat terima dengan tenang. 


Seperti yang dijanjikan lepas ni, no more hard feelings , no more emoing, no more touching2. Aku tak harapkan lebih daripada dia. Tak perlu paksa diri untuk mencintai. Biar cinta itu datang sendiri. Supaya lebih dihargai. Semoga cinta itu kekal abadi. Wah, jiweng kao! Geli2… haha..

Kalau lah boleh berterus terang.. Kan senang..

Seumur hidup aku,ini kali pertama aku kenal makna sayang. Bila kita sayang pada seseorang,kita akan buat apa saja untuk dapatkan dia. Tapi,mungkin aku dah silap bagi sayang pada orang yang tak pernah hargai sayang aku. Kenapa aku bodoh sangat? Benda dah jelas. Dia tak nak aku. Kenapa mesti aku kejar dia lagi? Damn!!...

cuti yang benar-benar CUTI

Berada di rumah. Sangat memenatkan. Haih, duk kat rumah pun penat. Musykilkan?
Aku duk rumah bukan sembarangan. Duk rumah aku wat kerja.
Jaga budak. 8 orang lagi.
Dua baby, yang lain sume masih tadika.
Bayangkan~
Baru aku tau betapa penatnya hari-hari mak aku tanpa aku selama ni.
Mane lagi nak terkejar-kejar wat kerja rumah.
Nak masak. Basuh kain. Kejap karang baby nangis pulak.
Tssk penat weyh...
Sudah la penat nak taip. Nanti ada masa taip lain.
Chiaow!

Good Luck untuk member2 yang exam..Aku dah lepas. Sekarang masa korang pulak. Haha.

macam CendoL pulut

Mood : Bercampur aduk...

GEMBIRA + SEDIH + TERTANYA-TANYA + TAKUT + TERUJA+ MARAH + RINDU = TAK PASTI

Ini betul-betul emo!

Dah dekat sejam aku terkebil-kebil depan laptop ni.. tak tau nak cerita pasal apa.
Banyak sangat yang bermain difikiran..

Tadi, ade sorang member aku ni tanya satu soalan yang membuat aku terfikir..
Membuat aku pening. Macam mana aku nak jawab soalan tu. Lama aku terdiam. Aku tenung muka kawan aku tu dalam-dalam. Memikirkan apakah jawapan yang tepat untuk soalan itu. Mesti korang tertanya-tanya, ape je la soalan yang dikecohkan sangat tu. Begini bunyi nya :

"Kau ni single ke dah berpunya?"

Dang!!! Ape aku nak jawab ni. Garu-garu pale yang konon2 gatal. Hmmm, nak dipendekan explaination, macam ni lah, aku single. Yes SINGLE but NOT AVAILABLE. Tapi aku tak pasti. Benar-benar not available kah aku? Kadang-kadang aku rasa macam hidup aku ni selalu dipermainkan. Bila aku betul-betul serius kat seseorang tu, dia buat tak tau je. Suka main tarik tali dengan aku kan. Ingat seronok sgt la main tarik tali tu. Tak ok. TAK!
Tuhan, berilah aku seseorang yang betul-betul sayang pada aku. Yang betul-betul ikhlas dengan aku. Yang motifnya bukan hanya nak jadikan aku bagai kucing peliharaan mereka. Bila rasa nak, dicari. Bila rasa dah bosan, dibiarkan aku macam tu je. Aku ada perasaan. Aku manusia biasa.

'The saddest thing in the world is, loving someone who no longer loves you'

Ramai yang pandai berkata-kata.
"chill friend, there's many other fishes out there"
Cakap je senang la.
Tapi untuk memilih ikan yang benar-benar elok itu, bukan mudah. Untuk membuka hati dan beri peluang pada seseorang itu juga bukan mudah.

Sepanjang hidup aku. Aku kenal dengan ramai lelaki. Macam-macam perangai. Beraneka ragam. Ala-ala ragam P.Ramlee gitu. Semuanya buat aku pening kepala. Haha. Dan yang dapat aku simpulkan dari perkenalan aku dengan mereka, boleh dikatakan hampir 98% mata keranjang macam nak mintak penerajang. Dasar lelaki. Dan aku tak kata perempuan semuanya baik. Mungkin apa yang berlaku adalah karma kehidupan. What goes around comes around. U see. Buat la benda yang tak elok pada seseorang. Pasti dapat balasan suatu hari nanti.


~Tunggu~

Party in the house ya'll..

Sumpah best gila party gothic tadi...
Start pukul 11 malam  sampai 2.30 pagi.. Semua orang bukan main lagi, makeup ala-ala gothic tak jadi gitu kan. Sha paling kelakar, gothic zaman purba. Nak upload gambar kat sini tak boleh, semua pakat sexy belaka. Bahaya. So,bayangkan jela ye.
Nama party gothic. Tapi menu yang disediakan, nasi goreng kampung. Tak leh belah. Gothic murtad (kah3) 
Paling tak tahan main kotak beracun. Aku kena berlakon jadi budak cacat minta sedekah. Cam siyot. Walaupun agak malu,tapi disebabkan mereka semua jenis kepala gila-gila, hilang terus malu aku. Part Diba kena best.Dia kena cium pipi semua orang yang ada kat situ. Haha. Gila! First time pipi gebu aku yang suci ni dicium. Oh tidak!!!
Then, sesi menari beramai-ramai. Macam-macam lagu keluar. Lagu Jaiho la, lagu mohabatein la, lagu dangdut kochok-kochok, amek kau, sume pakat tunjuk skill masing-masing..

Aku akan rindu korang sume.. GR

Ponteng itu Indah..


Hari ni, hari yang boleh dibanggakan. Sebab? Saya telah berjaya membangunkan diri pukul 5 pagi dan mengagahkan urat sendi untuk ke kelas. Setelah 4 hari berturut-turut tidak ke kelas kerana tiada 'mood'. Boleh pulak,nak pegi kelas pun kena ada 'mood'. Ceyh, pedulik ape aku, janji aku bahagia. hehe. Ampun cikgu. Saya tak dapat nak kirim surat 'ponteng' saya kepada cikgu kerana saya teramat sangat malas untuk menulis surat. Ala, sehari je saya ponteng (walaupun sebenarnya banyak hari) Tetapi, oleh kerana saya telah dianugerahkan rakan-rakan yang sangat sporting dan memahami,mereka telah 'sign' attendance untuk saya, mekaseh kawan-kawan! ~terharu~ hehe..

Semenjak dua menjak ni, hari-hari ku bagai tiada makna (perghh ayat nak jiwang je) Tapi, seriously, i've lost something special. Saya dah tak tahan la dengan perangai awak. Nak rest kejap daripada memikirkan masalah di dada ni. Serabut! Nak exam ni, tapi otak melayang entah kemana. Depan mata buku terbuka luas, tapi aku cuma nampak huruf-huruf dalam tu macam cacing kerawit. Satu ape tak leh nak baca. Ish3..parah dah ni..


Nyna Asri.. Anda heroin ku! Terima kasih sebab sudi dengar saya membebel. Saya tiada tempat mengadu. "sroooot" <----- bunyi hingus ditahan daripada terus meleleh.. 
Psssst, harap anda lupakan apa yang saya cerita kat anda semalam ye. Saya malu bila memikirkan kembali (T_T) Siap touching2.. Taleh belah.. Macam kanak-kanak kecik je ;-p Malu den.. oh ye, belog saya sudah boleh dikomen, sila la..hehe..

p/s : ermm, i do missed u, i'll wait till the right time ='(

Apa dah jadi?

Jadi bodoh tak berapa pandai..


Pak ketipak ketipung suara gendang bertalu-talu..
pura-pura senyum hati di dalam siapa yang tahu..
pak ketipak ketipung.. ='(

p/s: tak delete, block je terus..

ketensionan tahap gila bab+

Semua orang busy.
Semua orang tak ada masa nak dengar masalah aku.
Tau tak aku tengah sedih sekarang ni?
Tau tak aku tengah tension?
Tau tak, jerawat dimuka ni sedang tumbuh bagai cendawan selepas hujan? Tau tak, apa masalah aku sebenarnya?
Tak. tak ada sorang pun tau. Dan tak ada seorang pun yang nak ambil tau.


 Nama je ramai kawan. Tapi….
Aku tak tau nak cerita masalah aku kat siapa. Eeeee aku benci emosi ! Tolong… pergi jauh dari aku.. please !!!!!!!!!!!!!!!



~sekian~

p/s: menyesal dan kesal dengan apa yang berlaku semalam. sorry. But seriously, i HATE u for no reason.

Thats when 1-4-3



When you have to look away
When you don't have much to say
Thats when i you just that way.

To hear you stumble when you speak
Or see you walk with two left feet
Thats when i love you endlessly.

And when your mad 'cause you lost a game
Forget i'm waiting in the rain
Baby i love you i love you anyway.

'Cause here's my promise made tonight
You can count on me for life
'Cause thats when i love you
When nothing you do can change my mind

The more i learn the more i love
The more my heart can't get enough
Thats when i love you when i love you no matter what

So when you turn to hide your eyes
'Cause the movie made you cry
Thats when i love you i love you a little more each time

And when you can't quite match your clothes
Or when you laugh at your own jokes
Thats when i love you i love you more than you know

And when you forget that we had a date
Or that look you give when you show up late
Baby, i love you i love you anyway

When nothing baby, nothing you do could change my mind
The more i learn the more i love
The more my heart can't get enough

Thats when i love you when i love you no matter what.....

~one of my fav~

Is it true.. When we love someone,we will do anything for them?

Rama-rama tersangkut di hidung ku.. hehe..

Tajuk entry nampak gempak je kan. Padahal nak post pasal artikel yang aku jumpa kat internet ni je, baca lah kalau mahu. Dalami maknanya. (senyum-senyum kambing)

Wanita. .
Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.



Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.



Mahalkan harga diri anda.
Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.



Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.



Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.



Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam,
jadilah wanita yang membanggakan semua orang.



Quotes..

It doesn’t take a reason to love someone, but it does to like someone. You don’t love someone because you want to, you love someone because you are destined too. It’s because you fall in Love with them, that you then try to find a reason, but you always come up with the answer,
No reason!

Never say goodbye when you still want to try. Never give up when you still feel you can take it. Never say you don’t love a person when you can’t let go.
~i will never say it again~

Who do you turn to when the only person in the world that can stop you from crying, is exactly the one making you cry?


In my life, I learned how to smile =) How to laugh, how to workhard, how to love, how to cry but
 I never learned how to STOP missing you.


p/s: i miss you so badly <3

Fitrah (Yang Diciptakan) Tuhan

Ketika kegelapan menjadi semakin pekat, ketika petir menyambar dan angin bertiup kencang, maka bangkitlah fitrah manusia. Ada 4 perkara yang dapat menyebabkan hati menjadi sedih, dada terasa sesak dan hidup terasa gelap: 1 . Tidak suka dengan qadha' dan qadar yang ditetapkan dan tidak mahu menerimanya. 2 . Terjerumus pada kemaksiatan dan tidak bertaubat. 3 . Dengki, suka membalas dendam dan iri hati. 4 . Berpaling dari Allah. '* Sedang muhasabah diri *

Kejutan..kebencian..kegilaan

Setengaharian bersama FA, sangat lah menyeronokkan. Berjalan-jalan cuci mata.
Tujuan utama : Nak release tension (kononnye) Menuju ke wayang dengan harapan menggunung dapat tengok ‘Alice In Wonderland’ 3D. Tapi malangnya, tinggal seat paling depan kot. Sis kat kaunter tu pon macam tak bape nak syor kan kitorang amek seat tu coz boleh memeningkan kepala otak, katanya. So, kitorang pon dengan tak berapa nak rela hati, beli je yg tak ada 3D. Cerita tu, sumpah bosan. Aku tak suka. Haha.
Then kami pun berpusing-pusing la di dalam itu shopping complex. Pusing punya pusing, tiba-tiba terserempak dengan lecturer kitorang. Lecturer yang kononnya paling macho kat kolej tu (hoh, koya ler mu) yang menjadi kegilaan pelajar-pelajar (ada ke yg tergilakan beliau? Kalau ada, memang sah gadis itu gila, haha) Guess what? Lecturer yang kami ingat masih single and available tu, dah kawen. Giler terkejut beruk kami (beruk kami je yang terkejut, kami tak,hehe) dibuatnya. Bukan takat kawen, dah ada 2 anak lagi. Tapi serious perangai macam bajet dia muda remaja. Menggelenyar pulak tu.
Aritu, aku gi jumpa dia, nak hantar borang **, tau apa jadi? Err tak perlu cerita di sini kot. Biar FA je yang tau cerita tersebut. Rahsia ok? ;-p
Lelaki. Memang macam tu kan. Mata keranjang. Tak cukup satu. Dasar buaya daratan. Huh! Saya benci lelaki seperti itu. Benci..benci..benci..! Ok, cukup beremosi. 



Kami balik ke kolej menaiki bas secara percuma (Bangga) ingatkan tak perlu bayar. Kami dengan selambanya turun dari bas tu. Dah turun baru cakap "eh, free ke?" Ade sorang minah tu tak puas hati dgn kami. Dia kena bayar kot. hahaha.
P/S: Terasa diabaikan oleh awak. Terima kasih ='(

keNEKADan

The end of me, untuk tak lebih dari beberapa bulan kot...
Lupakan saya seketika ok?
~Semoga selamat segalanya~
p/s : Jangan nakal-nakal :-#

sayang + suka + minat = ?

Cinta Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. Dalam erti lain : Cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je. Sayang Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. Dalam erti lain : Sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya. Suka Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu… Dalam erti lain : suka ditujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekiranya usus kita dah nak terbelit. Minat Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. Dalam erti lain : Minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan impikan ataupun idamkan… Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu… Sumber dari internet..

wrong no la macha!

Sedang aku lena diulit mayang diulik, eh tak, maksud aku, lena diulit mimpi, tiba-tiba aku terasa satu getaran. Getaran yang biasanya bisa menggoncang iman ku (woo ayat tak menahan) sebenarnya nak cakap getaran tu datang dari telefon aku. Saje nak kasi ayat power2 (hehe)

Panggilan dari no yg tidak dikenali. +9665331****62 no yg lebih panjang daripada biasa. Bukan no Malaysia. Aku pun dengan perasaan malas bercampur aduk dengan sakit hati kerana waktu tidur ku diganggu, menjawab panggilan tersebut.

“Hello..”

Hello. Boleh saya bercakap sama PUAN (apetah nama beliau,aku tak ingat, tengah mamai masa tu) Puan boleh bantu saya nggak. Saya mau cakap sama kawan saya di dalam penjara. Ini Pegawai Imigresen (betul ke ejaan ni? Hoh, tibai la) kan? Pot..pet…pot..pet" (dia meneruskan rayuan)

Aku kat sini dah panas telinga je dengar. Aku cakap.

“Maaf, awak ni dah salah no”
Manusia di hujung talian itu dengan yakinnya menjawab,

“Tolong lah Puan. Tolong saya. Saya nak cakap dengan dia sekejap saja. Bla..bla..bla” ~tanpa henti selama beberapa minit.

Ha, ini dah lebih, dah la kacau aku tido, pastu tak paham bahasa pulak. Tension!!!!!
Rasa cam nak memaki hamun. Tapi kalau aku marah manusia di hujung talian itu pun tak guna. Bukan dia yang salah. Pesalah BESAR sekarang adalah PUAN *tut..tut* itu. Puan itu yang dah salah bagi no. Tension tau tak nak menjawab dan menerangkan kepada mereka-mereka yang tak faham bahasa ni yang mereka sudah salah orang.

Tiada Puan *tut..tut* di sini!!!
Dah BANYAAAAAAAAAAAAAAK kali orang call aku nak cakap dengan Puan *tut..tut* tersebut.
Ada satu hari tu, tengah aku khusyuk mendengar kuliah biology tiba-tiba ada getaran (lagi)

“Hello. I’m Edward (bukan nama sebenar) from Ireland.”

Woo jaohnya panggilan. Dalam hati dah dup..dap..dup..dap je.

“Yes,may I help you” (lebih kurang gitu la kot ayat aku)

Menanti dengan penuh debaran.

“Can I speak with Madam *tut..tut* the Imigration Officers ”

Macam *tut..tut* je aku rase time tu. Ye ye aku terkoncoh-koncoh kuar dari kuliah nak jawab panggilan yang aku ingat datang dari pegawai yang menguruskan kemasukan pelajar ke university di Ireland. Cewah bajet pintar je. Dalam mimpi la aku nak dapat tawaran sebegitu kan. Haha.

Ok, berbalik pada mood tension sebentar tadi. Haa, mau tak tension. Mengganggu ketenteraman hidup aku tau tak. Sekali lagi nak kena terangkan yang aku BUKAN Puan *tut..tut* kepada mereka yang tak paham bahasa. Serabot betol. Masuk kali ni, dah berkali-kali panggilan sesat ke telefon aku yang datangnya dari merata pelusuk dunia. Ada dari Afrika lah. Ada yang dari Indonesia. Ada dari Singapore. Merata-rata lah.

Kepada Puan *tut..tut* tolong lah betulkan balik kesalahan anda. Nak bagi no fon tu make sure dulu tu no fon anda. Anda telah menyusahkan saye tau!




p/s: kawan 'special' topup la cepat..saya bosan ni..


.

aku dah cakap..


nak mendapatkan informasi tentang WANITA dan
cara2 menjadi JIWANG..
kui3...
piiirah...
kita pergi kepada cerita seterusnya,
semalam sedang aku tak tau nak buat ape, aku pun search la gambar-gambar menarik di internet..
search punya search punya XPDC (ok, abaikan ayat ini)
aku terjumpa satu gambar menarek...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tadaaaaaa!!!
aku nak kek birthday yg indah sebegini boleh tak?
please..please..
pastu nak gedik2 mintak ini pulak...
*
*
*
* * *
* *
*
*

chocolate yg BANYAK..
boleh??? boooooleh la...
setahun sekali je..
tahun depan mintak yg lain pulak..
hehe..
p/s : kawan 'special' -> 143 (i hate you) haha..

complicated..

Perempuan ni memang diciptakan untuk jadi complicated kot..
Kadang-kadang apa yang mereka cakap tak semestinya mereka maksudkan..
Tak faham?
Ambil ini sebagai contoh:

Kalau perempuan cakap: Cantik ke budak pompuan tu? Makna tersiratnya: Siapa yang paling cantik? Aku ke, pompuan tu?

Kalau perempuan cakap: You dah makan ke belum? Makna tersiratnya: Jom la pegi makan. Cacing dalam perut aku dah berdisko ni.

Kalau perempuan cakap: Besarnya bear ni. Lembut pulak tu. Kan best kalau dapat buat teman tidur. Makna tersiratnya: Belikanlah untuk aku. Yang kecik pun jadilah.

Kalau perempuan cakap: Rasa macam kepala berpinar-pinar la. Pening. Makna tersiratnya: Tolong picit kepala boleh tak. Boleh la. Please!!!!

Kalau perempuan cakap: Letihnya hari ni. Kena masak, basuh kain-baju, pinggan mangkuk, periuk belanga… Makna tersirat: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, ek.

Kalau perempuan cakap: Kita lebih sesuai berkawan saja. Makna tersirat: Aku tak nak kat kau. Tak paham-paham ke? Nak aku cakap dengan siku baru kau faham!

Banyak kan makna tersirat disebalik kata-kata perempuan? Kepada perempuan diluar sana, kalau nak cakap dengan lelaki yang susah nak faham bahasa kita, lebih baik berterus-terang daripada terus-terusan memendam rasa. p/s : Kawan 'special' terima kasih sebab buat saya gembira semula. Lepas ni jangan bagi saya marah lagi. Ok? =)

Tak faham dengan perangai WANITA?

Ini mungkin akan membantu anda wahai kaum adam. Sila baca:
1. Don’t tell us when you think other girls are hot.
Hot je telinga ni bila dengar kamu puji wanita lain.
2. Ini yang wanita fikirkan : Don’t call = Don’t CARE.
Walau kamu sibuk macam mana sekalipun, at least sms la ‘good night’ or bagitahu yang kamu sibuk sangat-sangat sampai tak ada masa nak call. INFORM us. Tak ada la kami ni tertunggu-tunggu. Tak kan tak ada masa lansung untuk taip SHORT messages yang hanya mengambil masa selama beberapa saat saja.
3. Ketawa bila kami buat lawak.
Walaupun lawak tu tak berapa nak lawak. Ketawa jugak! Tapi jangan la over sangat. Sekadar nak menggembirakan hati cukup. Nanti tak pasal-pasal dapat sepakan percuma. Nak ?
4. Suka bila kamu cemburu. Tapi cemburu BUTA tidak dibenarkan.
Cemburu tanda sayang. Tak cemburu, tandanya tak sayang la? Oh,bukan. Cemburu itu kadang kala bagus. Tapi jangan sampai merimaskan. Kami pun nak berkawan dengan lelaki lain. Tak kan 24 jam asyik nak berkepit dengan kamu. Berkawan biar beribu. Bercinta biar satu. Berkahwin? Kalau ikut sunnah nabi, 4 pun boleh. Betul tak wahai kaum adam? Pasti ramai kaum adam yang sedang angguk-angguk kepala 100 kali ketika ini. Kaum hawa? Sabar jela ye…
5. We think about you all the time.
Iye, tak tipu. Walaupun ketika kami bersama lelaki lain. Di dalam minda ini hanya ada kamu! Hanya kamu.
6. Bukakan pintu untuk kami walau di mana sekalipun.
Jangan malu nak tunjuk sikap ‘gentle’ kamu tu di hadapan orang ramai.
7. Kami tak akan pernah ada baju dan kasut yang mencukupi.
Itulah sebabnya kenapa wanita suka shopping. Dan tolong bagi komen bila kami sedang shopping. It’s a compulsory!
8. Kami sukakan KEJUTAN.
Bagi hadiah walaupun hari lahir kami sudah 6 bulan berlalu. Muncul di hadapan pintu rumah secara tiba-tiba dengan sejambak bunga.
(p/s : Bagi mereka yang beragama Islam, pastikan ada orang lain dirumah ketika itu ye, nanti tak pasal-pasal kena tangkap basah, memang terkejut besar dibuatnya)

9. Pastikan kamu memberus gigi sebelum berjumpa kami.
Bau mulut yang segar dan gigi yang bersih amatlah dialu-alukan. Kalau tak sempat nak berus gigi, makan lah gula-gula agar nafas tidak berbau.
10. Kami dibenarkan lewat. Tetapi kamu TIDAK.
Jangan sesekali lewat bila ada temu janji. Sesekali terlewat boleh dimaafkan. Tapi kalau setiap kali keluar, perempuan yang kena tunggu lelaki. Apa kes bro?
11. Walaupun kamu kadang-kadang tak sensitive dan pernah sakiti hati kami, tapi kami tetap sayang kamu.
Ini, tak perlu diterangkan kot. Lu pikir la sendiri (kata Nabil Raja Lawak)
12. Hanya tiga perkataan : Jujur, jujur dan JUJUR.
Kejujuran adalah element penting dalam sesebuah perhubungan. Tanpa sikap jujur, memang bila-bila sahaja hubungan itu boleh berakhir.
13. It takes a special kind of stupid to forget our birthday..
Jangan sesekali lupakan birthday kami. Kalau boleh jadi manusia awal antara yang terawal yang wish.
14. Don’t say you love me if you don’t mean it.
I love this statement. Cinta seharusnya ikhlas. Cinta kerana simpati sangat tidak patut dan sangat sangat sangat kejam!
15. Jangan jawab pertanyaan kami dengan hanya SATU perkataan. We hate it!
Penat-penat je kami bercerita ‘pot..pet..pot..pet. At last, kamu cuma jawab ‘oh’ . Arghhh! Sakitnya hati. Tolong la jawab dengan bersungguh-sungguh sikit. Tunjukkan lah yang kamu tu dengar apa yang kami cakap.
16. Kawan baik kami tahu semua tentang kamu.
Ok, mungkin bukan SEMUA. Tapi mereka tahu. Jadi, jangan cuba nak flirt dengan kawan baik kami. Beware !
17. Bila kami merajuk. Sila lah pujuk.
Walaupun kami tak angkat call, tapi kami tetap akan baca sms yang kamu bagi. Sms la kata-kata manis lagi romantis. Sejuk sikit hati bila membacanya. Minta maaf walaupun kamu tak buat salah. Apa salahnya rendahkan sedikit ego kamu tu. Tak rugi pun.

Semoga info ni sedikit sebanyak mengajar lelaki tentang wanita. Semua ni tak diajar oleh cikgu-cikgu di sekolah mahupun pensyarah di university.

So, renung-renungkan dan selamat beramal (tiba-tiba).

Nak cakap terima kasih kat Fatin Afifa ku sayang kerana jadi orang pertama yang baca blog yang tak berapa nak siap ni.. (malu-malu)

Welcome To My Heart

Ni ada satu cerita yang aku tak cerita pada sesiapa pun. Bukan apa, aku malas nak cerita takut akan menyentuh sensitivity sesetengah pihak (cewah)

Suatu hari yang cerah dan terik, aku seperti biasa berjalan sendirian. Rasa haus dan ingin membeli minuman. Aku pun terus memilih air tin nescafe ice dan terus membayar.
Sedang aku membelek-belek dompet aku yang agak kekeringan hari itu, tiba-tiba mamat tukang jaga kaunter tu tegur,
"nama awk sape?"
i was like~ "huhhhh?"
Then dia sengih-sengih. Aku buat muka toye.
Aku meneruskan pencarian duit syiling dalam dompet. Korek punye korek punya korek, tak jumpe-jumpe. Sabar je la. Mamat kaunter tu meneruskan 'agenda' beliau.
 "awak, cukup 10 kali awak datang sini, saya belanja awak"
Sekali lagi aku terkedu. Aku senyum je la. Malas nak layan.
Finally ! Cukup juga duit nak bayar minuman itu. Aku pun cepat-cepat angkat kaki. Lari !!!!! Pastu boleh pulak mamat tu bagi kata-kata terakhir,
"ini yang pertama tau!"
(maksud beliau, saya tunggu awak datang 9 kali lagi)
Macam-macam hal. Lelaki ohh lelaki.

p/s : kawan 'special' , selamat kembali ke hatiku =)

Wanita

Aku ni memang suka jalan sorang-sorang. Tak tau kenapa. Memang sangat jarang la korang akan nampak aku berjalan dengan member. Aku rasa ‘merdeka’ bila jalan sendirian. Bagi aku masa itu emas. Bila berjalan dengan member ni, banyak masa akan terbuang. Aha, betul. Cuba fikir balik. Kalau kita berjalan dengan member, tiba-tiba member tu sakit perut pulak. Tak kan la kita nak biar member tu sorang-sorang kan? Paling-paling mesti la kita kena tercongok depan tandas tunggu member tu melepaskan apa yang patut. Lepas tu pulak, dah habis melepas, biasa lah perempuan, nak betulkan tudung lah, betulkan kain senget lah, betulkan makeup lah apa lah, tak ke buang masa tu? Aku paling tak suka menunggu. Ok, sebab yang lain kenapa aku suka jalan sendirian. Bagi aku berjalan beramai-ramai mahupun berduet ni hanya mendatangkan dosa. Dosa datang daripada mana? Erm, daripada sesi umpat mengumpat. Perempuan ni kan memang suka bergosip (perkataan yang digunakan untuk menutup dan melindungi perkataan ‘mengumpat’ ) Pantang jumpa atau terserempak dengan manusia. Ada saja gossip yang nak di ‘pot-pet’ kan. “cuba ko tengok minah baju pink tu.” “mana-mana?” “ala tu ha yang jalan sebelah mamat pendek baju hijau tu” “oh yang tu. Kenapa dengan dia?” “aku ade dengar cerita pasal dia………………….” Mula lah, ntah cerita apa-apa aje yang didengar. Tapi yang tak tahan ayat terakhir ni.. “eh aku cerita kat ko ni, ko jangan cerita kat sesapa pulak, aku cerita kat bestfren aku je, ko kan bestfren aku” Yang si bestfren ni angguk-angguk faham. Kononnya. Tapi lupakah dia bahawa si bestfren tu pun mungkin ada bestfren yang lain? Dan bestfren kepada dia ni akan bercerita kepada bestfren nya yang lain sambil berpesan perkara yang sama. “ini rahsia tau, ko jangan bagitau sesiapa” Dan bestfren kepada bestfren dia ni juga ada bestfren. Dan begitu lah tersebarnya berita yang entah betul entah tidak ini ke serata pelusuk dunia. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut perempuan? Sendiri mau ingat la kawan!

Tak Sedar Diri

Semenjak dua menjak tiga menjak ni... Aku sangat lah tidak sedar diri... Tau tak PSPM akan tiba tak sampai 5 minggu lagi.. Dan dalam otak aku ni macam ade 20% je input mengenai pelajaran... Hari-hari mesti nak on9... Lagi-lagi bila tengah excited nak buat belog ni kan... Biasalah, mula-mula buat belog memang macam ni.. Culture Shocked sedikit... Mengenai entry dibawah ini... aku sangat lah tidak menyangka yang aku ada bakat mencipta sajak.. Sebenarnya sajak tu dah lama aku karang (since last year kowt) Itulah kesannya apabila jiwa kacau... Kalau lah korang ni jenis susah nak faham ayat-ayat gramatis lagi puitis sebegini.. Biar aku terangkan.. Apa sebenarnya yang aku nak cuba sampaikan.. Aku kadang-kadang rasa malas nak start a new relationship.. Dalam erti kata lain, aku sudah malas nak berkenalan (dengan lelaki) dan bagi aku benda itu tersangatlah useless dan boring... Aku dah bosan dengan pertanyaan seperti ini.... "nama awak apa?" "tinggal kat mana?" "umur berapa? "dah berpunya ke belum?" "Boleh saya kenal awak dengan lebih rapat?" Dan itu akan berlarutan dalam seminggu dua... Within a week tu... Memang la hari-hari bertanya khabar... Concern..caringnya bukan main... Lepas seminggu, dua minggu, dan seterusnya... Hilang entah ke mana... Mana boleh perigi cari timba kan? But, sekarang memang perigi yang selalu tergedik-gedik mencari timba... Iye lah...sekarang kan perigi dah tak banyak digunakan.. senma telah bertukar kepada kepala paip.. Nak tak nak, terpaksalah si perigi tu pergi mencari timba.. Ok, macam dah terkeluar daripada tajuk utama je... tadi aku cakap nak cerita pasal sajak aku kan, kan? hehe.. Tapi aku malas la nak cerita banyak-banyak... Korang baca je la sendiri... Kalau rasa tak best, sila jangan baca ye... Lately, Ramai yang tegur aku... "Apsal ko jiwang sangat nad oi" Aku pun tak perasan yang selama ni aku minah karat gak.. haha... Boleh dikatakan 80% lagu kat dalam h/p aku ni, semuanya lagu jiwang... Semua stok tangkap leleh... Aku sedar tu setelah salah sorang member aku tegur... haish... Dan gara-gara ayat yang entah apa-apa aku post kat facebook, ramai juga yang menegur... Apa nak jadi dengan aku ni... Mesti gara-gara perhubungan jarak jauh yang sedang dalam krisis sekarang ='( Apa-apa pun, aku kena prepare untuk perang diri ke-4 -> PSPM go go chaiyok!!

JoDoH

Memang betul kot kata orang...
kalau dah jodoh, tak kan ke mana...
tak akan lari gunung di kejar...
(ceyh ayat tak menahan)
kepada kawan 'special' saya...
thanks sebab awak berusaha nak membaiki kelemahan diri awak kerana saya...
saya sangat touching dengan ayat awak semalam...
saya tunggu awak...
saya masih tunggu awak...