complicated..

Perempuan ni memang diciptakan untuk jadi complicated kot..
Kadang-kadang apa yang mereka cakap tak semestinya mereka maksudkan..
Tak faham?
Ambil ini sebagai contoh:

Kalau perempuan cakap: Cantik ke budak pompuan tu? Makna tersiratnya: Siapa yang paling cantik? Aku ke, pompuan tu?

Kalau perempuan cakap: You dah makan ke belum? Makna tersiratnya: Jom la pegi makan. Cacing dalam perut aku dah berdisko ni.

Kalau perempuan cakap: Besarnya bear ni. Lembut pulak tu. Kan best kalau dapat buat teman tidur. Makna tersiratnya: Belikanlah untuk aku. Yang kecik pun jadilah.

Kalau perempuan cakap: Rasa macam kepala berpinar-pinar la. Pening. Makna tersiratnya: Tolong picit kepala boleh tak. Boleh la. Please!!!!

Kalau perempuan cakap: Letihnya hari ni. Kena masak, basuh kain-baju, pinggan mangkuk, periuk belanga… Makna tersirat: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, ek.

Kalau perempuan cakap: Kita lebih sesuai berkawan saja. Makna tersirat: Aku tak nak kat kau. Tak paham-paham ke? Nak aku cakap dengan siku baru kau faham!

Banyak kan makna tersirat disebalik kata-kata perempuan? Kepada perempuan diluar sana, kalau nak cakap dengan lelaki yang susah nak faham bahasa kita, lebih baik berterus-terang daripada terus-terusan memendam rasa. p/s : Kawan 'special' terima kasih sebab buat saya gembira semula. Lepas ni jangan bagi saya marah lagi. Ok? =)

Tak faham dengan perangai WANITA?

Ini mungkin akan membantu anda wahai kaum adam. Sila baca:
1. Don’t tell us when you think other girls are hot.
Hot je telinga ni bila dengar kamu puji wanita lain.
2. Ini yang wanita fikirkan : Don’t call = Don’t CARE.
Walau kamu sibuk macam mana sekalipun, at least sms la ‘good night’ or bagitahu yang kamu sibuk sangat-sangat sampai tak ada masa nak call. INFORM us. Tak ada la kami ni tertunggu-tunggu. Tak kan tak ada masa lansung untuk taip SHORT messages yang hanya mengambil masa selama beberapa saat saja.
3. Ketawa bila kami buat lawak.
Walaupun lawak tu tak berapa nak lawak. Ketawa jugak! Tapi jangan la over sangat. Sekadar nak menggembirakan hati cukup. Nanti tak pasal-pasal dapat sepakan percuma. Nak ?
4. Suka bila kamu cemburu. Tapi cemburu BUTA tidak dibenarkan.
Cemburu tanda sayang. Tak cemburu, tandanya tak sayang la? Oh,bukan. Cemburu itu kadang kala bagus. Tapi jangan sampai merimaskan. Kami pun nak berkawan dengan lelaki lain. Tak kan 24 jam asyik nak berkepit dengan kamu. Berkawan biar beribu. Bercinta biar satu. Berkahwin? Kalau ikut sunnah nabi, 4 pun boleh. Betul tak wahai kaum adam? Pasti ramai kaum adam yang sedang angguk-angguk kepala 100 kali ketika ini. Kaum hawa? Sabar jela ye…
5. We think about you all the time.
Iye, tak tipu. Walaupun ketika kami bersama lelaki lain. Di dalam minda ini hanya ada kamu! Hanya kamu.
6. Bukakan pintu untuk kami walau di mana sekalipun.
Jangan malu nak tunjuk sikap ‘gentle’ kamu tu di hadapan orang ramai.
7. Kami tak akan pernah ada baju dan kasut yang mencukupi.
Itulah sebabnya kenapa wanita suka shopping. Dan tolong bagi komen bila kami sedang shopping. It’s a compulsory!
8. Kami sukakan KEJUTAN.
Bagi hadiah walaupun hari lahir kami sudah 6 bulan berlalu. Muncul di hadapan pintu rumah secara tiba-tiba dengan sejambak bunga.
(p/s : Bagi mereka yang beragama Islam, pastikan ada orang lain dirumah ketika itu ye, nanti tak pasal-pasal kena tangkap basah, memang terkejut besar dibuatnya)

9. Pastikan kamu memberus gigi sebelum berjumpa kami.
Bau mulut yang segar dan gigi yang bersih amatlah dialu-alukan. Kalau tak sempat nak berus gigi, makan lah gula-gula agar nafas tidak berbau.
10. Kami dibenarkan lewat. Tetapi kamu TIDAK.
Jangan sesekali lewat bila ada temu janji. Sesekali terlewat boleh dimaafkan. Tapi kalau setiap kali keluar, perempuan yang kena tunggu lelaki. Apa kes bro?
11. Walaupun kamu kadang-kadang tak sensitive dan pernah sakiti hati kami, tapi kami tetap sayang kamu.
Ini, tak perlu diterangkan kot. Lu pikir la sendiri (kata Nabil Raja Lawak)
12. Hanya tiga perkataan : Jujur, jujur dan JUJUR.
Kejujuran adalah element penting dalam sesebuah perhubungan. Tanpa sikap jujur, memang bila-bila sahaja hubungan itu boleh berakhir.
13. It takes a special kind of stupid to forget our birthday..
Jangan sesekali lupakan birthday kami. Kalau boleh jadi manusia awal antara yang terawal yang wish.
14. Don’t say you love me if you don’t mean it.
I love this statement. Cinta seharusnya ikhlas. Cinta kerana simpati sangat tidak patut dan sangat sangat sangat kejam!
15. Jangan jawab pertanyaan kami dengan hanya SATU perkataan. We hate it!
Penat-penat je kami bercerita ‘pot..pet..pot..pet. At last, kamu cuma jawab ‘oh’ . Arghhh! Sakitnya hati. Tolong la jawab dengan bersungguh-sungguh sikit. Tunjukkan lah yang kamu tu dengar apa yang kami cakap.
16. Kawan baik kami tahu semua tentang kamu.
Ok, mungkin bukan SEMUA. Tapi mereka tahu. Jadi, jangan cuba nak flirt dengan kawan baik kami. Beware !
17. Bila kami merajuk. Sila lah pujuk.
Walaupun kami tak angkat call, tapi kami tetap akan baca sms yang kamu bagi. Sms la kata-kata manis lagi romantis. Sejuk sikit hati bila membacanya. Minta maaf walaupun kamu tak buat salah. Apa salahnya rendahkan sedikit ego kamu tu. Tak rugi pun.

Semoga info ni sedikit sebanyak mengajar lelaki tentang wanita. Semua ni tak diajar oleh cikgu-cikgu di sekolah mahupun pensyarah di university.

So, renung-renungkan dan selamat beramal (tiba-tiba).

Nak cakap terima kasih kat Fatin Afifa ku sayang kerana jadi orang pertama yang baca blog yang tak berapa nak siap ni.. (malu-malu)

Welcome To My Heart

Ni ada satu cerita yang aku tak cerita pada sesiapa pun. Bukan apa, aku malas nak cerita takut akan menyentuh sensitivity sesetengah pihak (cewah)

Suatu hari yang cerah dan terik, aku seperti biasa berjalan sendirian. Rasa haus dan ingin membeli minuman. Aku pun terus memilih air tin nescafe ice dan terus membayar.
Sedang aku membelek-belek dompet aku yang agak kekeringan hari itu, tiba-tiba mamat tukang jaga kaunter tu tegur,
"nama awk sape?"
i was like~ "huhhhh?"
Then dia sengih-sengih. Aku buat muka toye.
Aku meneruskan pencarian duit syiling dalam dompet. Korek punye korek punya korek, tak jumpe-jumpe. Sabar je la. Mamat kaunter tu meneruskan 'agenda' beliau.
 "awak, cukup 10 kali awak datang sini, saya belanja awak"
Sekali lagi aku terkedu. Aku senyum je la. Malas nak layan.
Finally ! Cukup juga duit nak bayar minuman itu. Aku pun cepat-cepat angkat kaki. Lari !!!!! Pastu boleh pulak mamat tu bagi kata-kata terakhir,
"ini yang pertama tau!"
(maksud beliau, saya tunggu awak datang 9 kali lagi)
Macam-macam hal. Lelaki ohh lelaki.

p/s : kawan 'special' , selamat kembali ke hatiku =)

Wanita

Aku ni memang suka jalan sorang-sorang. Tak tau kenapa. Memang sangat jarang la korang akan nampak aku berjalan dengan member. Aku rasa ‘merdeka’ bila jalan sendirian. Bagi aku masa itu emas. Bila berjalan dengan member ni, banyak masa akan terbuang. Aha, betul. Cuba fikir balik. Kalau kita berjalan dengan member, tiba-tiba member tu sakit perut pulak. Tak kan la kita nak biar member tu sorang-sorang kan? Paling-paling mesti la kita kena tercongok depan tandas tunggu member tu melepaskan apa yang patut. Lepas tu pulak, dah habis melepas, biasa lah perempuan, nak betulkan tudung lah, betulkan kain senget lah, betulkan makeup lah apa lah, tak ke buang masa tu? Aku paling tak suka menunggu. Ok, sebab yang lain kenapa aku suka jalan sendirian. Bagi aku berjalan beramai-ramai mahupun berduet ni hanya mendatangkan dosa. Dosa datang daripada mana? Erm, daripada sesi umpat mengumpat. Perempuan ni kan memang suka bergosip (perkataan yang digunakan untuk menutup dan melindungi perkataan ‘mengumpat’ ) Pantang jumpa atau terserempak dengan manusia. Ada saja gossip yang nak di ‘pot-pet’ kan. “cuba ko tengok minah baju pink tu.” “mana-mana?” “ala tu ha yang jalan sebelah mamat pendek baju hijau tu” “oh yang tu. Kenapa dengan dia?” “aku ade dengar cerita pasal dia………………….” Mula lah, ntah cerita apa-apa aje yang didengar. Tapi yang tak tahan ayat terakhir ni.. “eh aku cerita kat ko ni, ko jangan cerita kat sesapa pulak, aku cerita kat bestfren aku je, ko kan bestfren aku” Yang si bestfren ni angguk-angguk faham. Kononnya. Tapi lupakah dia bahawa si bestfren tu pun mungkin ada bestfren yang lain? Dan bestfren kepada dia ni akan bercerita kepada bestfren nya yang lain sambil berpesan perkara yang sama. “ini rahsia tau, ko jangan bagitau sesiapa” Dan bestfren kepada bestfren dia ni juga ada bestfren. Dan begitu lah tersebarnya berita yang entah betul entah tidak ini ke serata pelusuk dunia. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut perempuan? Sendiri mau ingat la kawan!

Tak Sedar Diri

Semenjak dua menjak tiga menjak ni... Aku sangat lah tidak sedar diri... Tau tak PSPM akan tiba tak sampai 5 minggu lagi.. Dan dalam otak aku ni macam ade 20% je input mengenai pelajaran... Hari-hari mesti nak on9... Lagi-lagi bila tengah excited nak buat belog ni kan... Biasalah, mula-mula buat belog memang macam ni.. Culture Shocked sedikit... Mengenai entry dibawah ini... aku sangat lah tidak menyangka yang aku ada bakat mencipta sajak.. Sebenarnya sajak tu dah lama aku karang (since last year kowt) Itulah kesannya apabila jiwa kacau... Kalau lah korang ni jenis susah nak faham ayat-ayat gramatis lagi puitis sebegini.. Biar aku terangkan.. Apa sebenarnya yang aku nak cuba sampaikan.. Aku kadang-kadang rasa malas nak start a new relationship.. Dalam erti kata lain, aku sudah malas nak berkenalan (dengan lelaki) dan bagi aku benda itu tersangatlah useless dan boring... Aku dah bosan dengan pertanyaan seperti ini.... "nama awak apa?" "tinggal kat mana?" "umur berapa? "dah berpunya ke belum?" "Boleh saya kenal awak dengan lebih rapat?" Dan itu akan berlarutan dalam seminggu dua... Within a week tu... Memang la hari-hari bertanya khabar... Concern..caringnya bukan main... Lepas seminggu, dua minggu, dan seterusnya... Hilang entah ke mana... Mana boleh perigi cari timba kan? But, sekarang memang perigi yang selalu tergedik-gedik mencari timba... Iye lah...sekarang kan perigi dah tak banyak digunakan.. senma telah bertukar kepada kepala paip.. Nak tak nak, terpaksalah si perigi tu pergi mencari timba.. Ok, macam dah terkeluar daripada tajuk utama je... tadi aku cakap nak cerita pasal sajak aku kan, kan? hehe.. Tapi aku malas la nak cerita banyak-banyak... Korang baca je la sendiri... Kalau rasa tak best, sila jangan baca ye... Lately, Ramai yang tegur aku... "Apsal ko jiwang sangat nad oi" Aku pun tak perasan yang selama ni aku minah karat gak.. haha... Boleh dikatakan 80% lagu kat dalam h/p aku ni, semuanya lagu jiwang... Semua stok tangkap leleh... Aku sedar tu setelah salah sorang member aku tegur... haish... Dan gara-gara ayat yang entah apa-apa aku post kat facebook, ramai juga yang menegur... Apa nak jadi dengan aku ni... Mesti gara-gara perhubungan jarak jauh yang sedang dalam krisis sekarang ='( Apa-apa pun, aku kena prepare untuk perang diri ke-4 -> PSPM go go chaiyok!!

JoDoH

Memang betul kot kata orang...
kalau dah jodoh, tak kan ke mana...
tak akan lari gunung di kejar...
(ceyh ayat tak menahan)
kepada kawan 'special' saya...
thanks sebab awak berusaha nak membaiki kelemahan diri awak kerana saya...
saya sangat touching dengan ayat awak semalam...
saya tunggu awak...
saya masih tunggu awak...