Wanita

Aku ni memang suka jalan sorang-sorang. Tak tau kenapa. Memang sangat jarang la korang akan nampak aku berjalan dengan member. Aku rasa ‘merdeka’ bila jalan sendirian. Bagi aku masa itu emas. Bila berjalan dengan member ni, banyak masa akan terbuang. Aha, betul. Cuba fikir balik. Kalau kita berjalan dengan member, tiba-tiba member tu sakit perut pulak. Tak kan la kita nak biar member tu sorang-sorang kan? Paling-paling mesti la kita kena tercongok depan tandas tunggu member tu melepaskan apa yang patut. Lepas tu pulak, dah habis melepas, biasa lah perempuan, nak betulkan tudung lah, betulkan kain senget lah, betulkan makeup lah apa lah, tak ke buang masa tu? Aku paling tak suka menunggu. Ok, sebab yang lain kenapa aku suka jalan sendirian. Bagi aku berjalan beramai-ramai mahupun berduet ni hanya mendatangkan dosa. Dosa datang daripada mana? Erm, daripada sesi umpat mengumpat. Perempuan ni kan memang suka bergosip (perkataan yang digunakan untuk menutup dan melindungi perkataan ‘mengumpat’ ) Pantang jumpa atau terserempak dengan manusia. Ada saja gossip yang nak di ‘pot-pet’ kan. “cuba ko tengok minah baju pink tu.” “mana-mana?” “ala tu ha yang jalan sebelah mamat pendek baju hijau tu” “oh yang tu. Kenapa dengan dia?” “aku ade dengar cerita pasal dia………………….” Mula lah, ntah cerita apa-apa aje yang didengar. Tapi yang tak tahan ayat terakhir ni.. “eh aku cerita kat ko ni, ko jangan cerita kat sesapa pulak, aku cerita kat bestfren aku je, ko kan bestfren aku” Yang si bestfren ni angguk-angguk faham. Kononnya. Tapi lupakah dia bahawa si bestfren tu pun mungkin ada bestfren yang lain? Dan bestfren kepada dia ni akan bercerita kepada bestfren nya yang lain sambil berpesan perkara yang sama. “ini rahsia tau, ko jangan bagitau sesiapa” Dan bestfren kepada bestfren dia ni juga ada bestfren. Dan begitu lah tersebarnya berita yang entah betul entah tidak ini ke serata pelusuk dunia. Mulut tempayan boleh ditutup, mulut perempuan? Sendiri mau ingat la kawan!

No comments: