complicated..

Perempuan ni memang diciptakan untuk jadi complicated kot..
Kadang-kadang apa yang mereka cakap tak semestinya mereka maksudkan..
Tak faham?
Ambil ini sebagai contoh:

Kalau perempuan cakap: Cantik ke budak pompuan tu? Makna tersiratnya: Siapa yang paling cantik? Aku ke, pompuan tu?

Kalau perempuan cakap: You dah makan ke belum? Makna tersiratnya: Jom la pegi makan. Cacing dalam perut aku dah berdisko ni.

Kalau perempuan cakap: Besarnya bear ni. Lembut pulak tu. Kan best kalau dapat buat teman tidur. Makna tersiratnya: Belikanlah untuk aku. Yang kecik pun jadilah.

Kalau perempuan cakap: Rasa macam kepala berpinar-pinar la. Pening. Makna tersiratnya: Tolong picit kepala boleh tak. Boleh la. Please!!!!

Kalau perempuan cakap: Letihnya hari ni. Kena masak, basuh kain-baju, pinggan mangkuk, periuk belanga… Makna tersirat: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, ek.

Kalau perempuan cakap: Kita lebih sesuai berkawan saja. Makna tersirat: Aku tak nak kat kau. Tak paham-paham ke? Nak aku cakap dengan siku baru kau faham!

Banyak kan makna tersirat disebalik kata-kata perempuan? Kepada perempuan diluar sana, kalau nak cakap dengan lelaki yang susah nak faham bahasa kita, lebih baik berterus-terang daripada terus-terusan memendam rasa. p/s : Kawan 'special' terima kasih sebab buat saya gembira semula. Lepas ni jangan bagi saya marah lagi. Ok? =)

No comments: