Tak faham dengan perangai WANITA?

Ini mungkin akan membantu anda wahai kaum adam. Sila baca:
1. Don’t tell us when you think other girls are hot.
Hot je telinga ni bila dengar kamu puji wanita lain.
2. Ini yang wanita fikirkan : Don’t call = Don’t CARE.
Walau kamu sibuk macam mana sekalipun, at least sms la ‘good night’ or bagitahu yang kamu sibuk sangat-sangat sampai tak ada masa nak call. INFORM us. Tak ada la kami ni tertunggu-tunggu. Tak kan tak ada masa lansung untuk taip SHORT messages yang hanya mengambil masa selama beberapa saat saja.
3. Ketawa bila kami buat lawak.
Walaupun lawak tu tak berapa nak lawak. Ketawa jugak! Tapi jangan la over sangat. Sekadar nak menggembirakan hati cukup. Nanti tak pasal-pasal dapat sepakan percuma. Nak ?
4. Suka bila kamu cemburu. Tapi cemburu BUTA tidak dibenarkan.
Cemburu tanda sayang. Tak cemburu, tandanya tak sayang la? Oh,bukan. Cemburu itu kadang kala bagus. Tapi jangan sampai merimaskan. Kami pun nak berkawan dengan lelaki lain. Tak kan 24 jam asyik nak berkepit dengan kamu. Berkawan biar beribu. Bercinta biar satu. Berkahwin? Kalau ikut sunnah nabi, 4 pun boleh. Betul tak wahai kaum adam? Pasti ramai kaum adam yang sedang angguk-angguk kepala 100 kali ketika ini. Kaum hawa? Sabar jela ye…
5. We think about you all the time.
Iye, tak tipu. Walaupun ketika kami bersama lelaki lain. Di dalam minda ini hanya ada kamu! Hanya kamu.
6. Bukakan pintu untuk kami walau di mana sekalipun.
Jangan malu nak tunjuk sikap ‘gentle’ kamu tu di hadapan orang ramai.
7. Kami tak akan pernah ada baju dan kasut yang mencukupi.
Itulah sebabnya kenapa wanita suka shopping. Dan tolong bagi komen bila kami sedang shopping. It’s a compulsory!
8. Kami sukakan KEJUTAN.
Bagi hadiah walaupun hari lahir kami sudah 6 bulan berlalu. Muncul di hadapan pintu rumah secara tiba-tiba dengan sejambak bunga.
(p/s : Bagi mereka yang beragama Islam, pastikan ada orang lain dirumah ketika itu ye, nanti tak pasal-pasal kena tangkap basah, memang terkejut besar dibuatnya)

9. Pastikan kamu memberus gigi sebelum berjumpa kami.
Bau mulut yang segar dan gigi yang bersih amatlah dialu-alukan. Kalau tak sempat nak berus gigi, makan lah gula-gula agar nafas tidak berbau.
10. Kami dibenarkan lewat. Tetapi kamu TIDAK.
Jangan sesekali lewat bila ada temu janji. Sesekali terlewat boleh dimaafkan. Tapi kalau setiap kali keluar, perempuan yang kena tunggu lelaki. Apa kes bro?
11. Walaupun kamu kadang-kadang tak sensitive dan pernah sakiti hati kami, tapi kami tetap sayang kamu.
Ini, tak perlu diterangkan kot. Lu pikir la sendiri (kata Nabil Raja Lawak)
12. Hanya tiga perkataan : Jujur, jujur dan JUJUR.
Kejujuran adalah element penting dalam sesebuah perhubungan. Tanpa sikap jujur, memang bila-bila sahaja hubungan itu boleh berakhir.
13. It takes a special kind of stupid to forget our birthday..
Jangan sesekali lupakan birthday kami. Kalau boleh jadi manusia awal antara yang terawal yang wish.
14. Don’t say you love me if you don’t mean it.
I love this statement. Cinta seharusnya ikhlas. Cinta kerana simpati sangat tidak patut dan sangat sangat sangat kejam!
15. Jangan jawab pertanyaan kami dengan hanya SATU perkataan. We hate it!
Penat-penat je kami bercerita ‘pot..pet..pot..pet. At last, kamu cuma jawab ‘oh’ . Arghhh! Sakitnya hati. Tolong la jawab dengan bersungguh-sungguh sikit. Tunjukkan lah yang kamu tu dengar apa yang kami cakap.
16. Kawan baik kami tahu semua tentang kamu.
Ok, mungkin bukan SEMUA. Tapi mereka tahu. Jadi, jangan cuba nak flirt dengan kawan baik kami. Beware !
17. Bila kami merajuk. Sila lah pujuk.
Walaupun kami tak angkat call, tapi kami tetap akan baca sms yang kamu bagi. Sms la kata-kata manis lagi romantis. Sejuk sikit hati bila membacanya. Minta maaf walaupun kamu tak buat salah. Apa salahnya rendahkan sedikit ego kamu tu. Tak rugi pun.

Semoga info ni sedikit sebanyak mengajar lelaki tentang wanita. Semua ni tak diajar oleh cikgu-cikgu di sekolah mahupun pensyarah di university.

So, renung-renungkan dan selamat beramal (tiba-tiba).

Nak cakap terima kasih kat Fatin Afifa ku sayang kerana jadi orang pertama yang baca blog yang tak berapa nak siap ni.. (malu-malu)

1 comment:

Anonymous said...

i'll try my best to luvin u...hihihi...^_*