Party in the house ya'll..

Sumpah best gila party gothic tadi...
Start pukul 11 malam  sampai 2.30 pagi.. Semua orang bukan main lagi, makeup ala-ala gothic tak jadi gitu kan. Sha paling kelakar, gothic zaman purba. Nak upload gambar kat sini tak boleh, semua pakat sexy belaka. Bahaya. So,bayangkan jela ye.
Nama party gothic. Tapi menu yang disediakan, nasi goreng kampung. Tak leh belah. Gothic murtad (kah3) 
Paling tak tahan main kotak beracun. Aku kena berlakon jadi budak cacat minta sedekah. Cam siyot. Walaupun agak malu,tapi disebabkan mereka semua jenis kepala gila-gila, hilang terus malu aku. Part Diba kena best.Dia kena cium pipi semua orang yang ada kat situ. Haha. Gila! First time pipi gebu aku yang suci ni dicium. Oh tidak!!!
Then, sesi menari beramai-ramai. Macam-macam lagu keluar. Lagu Jaiho la, lagu mohabatein la, lagu dangdut kochok-kochok, amek kau, sume pakat tunjuk skill masing-masing..

Aku akan rindu korang sume.. GR

Ponteng itu Indah..


Hari ni, hari yang boleh dibanggakan. Sebab? Saya telah berjaya membangunkan diri pukul 5 pagi dan mengagahkan urat sendi untuk ke kelas. Setelah 4 hari berturut-turut tidak ke kelas kerana tiada 'mood'. Boleh pulak,nak pegi kelas pun kena ada 'mood'. Ceyh, pedulik ape aku, janji aku bahagia. hehe. Ampun cikgu. Saya tak dapat nak kirim surat 'ponteng' saya kepada cikgu kerana saya teramat sangat malas untuk menulis surat. Ala, sehari je saya ponteng (walaupun sebenarnya banyak hari) Tetapi, oleh kerana saya telah dianugerahkan rakan-rakan yang sangat sporting dan memahami,mereka telah 'sign' attendance untuk saya, mekaseh kawan-kawan! ~terharu~ hehe..

Semenjak dua menjak ni, hari-hari ku bagai tiada makna (perghh ayat nak jiwang je) Tapi, seriously, i've lost something special. Saya dah tak tahan la dengan perangai awak. Nak rest kejap daripada memikirkan masalah di dada ni. Serabut! Nak exam ni, tapi otak melayang entah kemana. Depan mata buku terbuka luas, tapi aku cuma nampak huruf-huruf dalam tu macam cacing kerawit. Satu ape tak leh nak baca. Ish3..parah dah ni..


Nyna Asri.. Anda heroin ku! Terima kasih sebab sudi dengar saya membebel. Saya tiada tempat mengadu. "sroooot" <----- bunyi hingus ditahan daripada terus meleleh.. 
Psssst, harap anda lupakan apa yang saya cerita kat anda semalam ye. Saya malu bila memikirkan kembali (T_T) Siap touching2.. Taleh belah.. Macam kanak-kanak kecik je ;-p Malu den.. oh ye, belog saya sudah boleh dikomen, sila la..hehe..

p/s : ermm, i do missed u, i'll wait till the right time ='(

Apa dah jadi?

Jadi bodoh tak berapa pandai..


Pak ketipak ketipung suara gendang bertalu-talu..
pura-pura senyum hati di dalam siapa yang tahu..
pak ketipak ketipung.. ='(

p/s: tak delete, block je terus..

ketensionan tahap gila bab+

Semua orang busy.
Semua orang tak ada masa nak dengar masalah aku.
Tau tak aku tengah sedih sekarang ni?
Tau tak aku tengah tension?
Tau tak, jerawat dimuka ni sedang tumbuh bagai cendawan selepas hujan? Tau tak, apa masalah aku sebenarnya?
Tak. tak ada sorang pun tau. Dan tak ada seorang pun yang nak ambil tau.


 Nama je ramai kawan. Tapi….
Aku tak tau nak cerita masalah aku kat siapa. Eeeee aku benci emosi ! Tolong… pergi jauh dari aku.. please !!!!!!!!!!!!!!!



~sekian~

p/s: menyesal dan kesal dengan apa yang berlaku semalam. sorry. But seriously, i HATE u for no reason.

Thats when 1-4-3



When you have to look away
When you don't have much to say
Thats when i you just that way.

To hear you stumble when you speak
Or see you walk with two left feet
Thats when i love you endlessly.

And when your mad 'cause you lost a game
Forget i'm waiting in the rain
Baby i love you i love you anyway.

'Cause here's my promise made tonight
You can count on me for life
'Cause thats when i love you
When nothing you do can change my mind

The more i learn the more i love
The more my heart can't get enough
Thats when i love you when i love you no matter what

So when you turn to hide your eyes
'Cause the movie made you cry
Thats when i love you i love you a little more each time

And when you can't quite match your clothes
Or when you laugh at your own jokes
Thats when i love you i love you more than you know

And when you forget that we had a date
Or that look you give when you show up late
Baby, i love you i love you anyway

When nothing baby, nothing you do could change my mind
The more i learn the more i love
The more my heart can't get enough

Thats when i love you when i love you no matter what.....

~one of my fav~

Is it true.. When we love someone,we will do anything for them?

Rama-rama tersangkut di hidung ku.. hehe..

Tajuk entry nampak gempak je kan. Padahal nak post pasal artikel yang aku jumpa kat internet ni je, baca lah kalau mahu. Dalami maknanya. (senyum-senyum kambing)

Wanita. .
Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.



Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.



Mahalkan harga diri anda.
Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.



Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.



Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.



Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam,
jadilah wanita yang membanggakan semua orang.



Quotes..

It doesn’t take a reason to love someone, but it does to like someone. You don’t love someone because you want to, you love someone because you are destined too. It’s because you fall in Love with them, that you then try to find a reason, but you always come up with the answer,
No reason!

Never say goodbye when you still want to try. Never give up when you still feel you can take it. Never say you don’t love a person when you can’t let go.
~i will never say it again~

Who do you turn to when the only person in the world that can stop you from crying, is exactly the one making you cry?


In my life, I learned how to smile =) How to laugh, how to workhard, how to love, how to cry but
 I never learned how to STOP missing you.


p/s: i miss you so badly <3

Fitrah (Yang Diciptakan) Tuhan

Ketika kegelapan menjadi semakin pekat, ketika petir menyambar dan angin bertiup kencang, maka bangkitlah fitrah manusia. Ada 4 perkara yang dapat menyebabkan hati menjadi sedih, dada terasa sesak dan hidup terasa gelap: 1 . Tidak suka dengan qadha' dan qadar yang ditetapkan dan tidak mahu menerimanya. 2 . Terjerumus pada kemaksiatan dan tidak bertaubat. 3 . Dengki, suka membalas dendam dan iri hati. 4 . Berpaling dari Allah. '* Sedang muhasabah diri *

Kejutan..kebencian..kegilaan

Setengaharian bersama FA, sangat lah menyeronokkan. Berjalan-jalan cuci mata.
Tujuan utama : Nak release tension (kononnye) Menuju ke wayang dengan harapan menggunung dapat tengok ‘Alice In Wonderland’ 3D. Tapi malangnya, tinggal seat paling depan kot. Sis kat kaunter tu pon macam tak bape nak syor kan kitorang amek seat tu coz boleh memeningkan kepala otak, katanya. So, kitorang pon dengan tak berapa nak rela hati, beli je yg tak ada 3D. Cerita tu, sumpah bosan. Aku tak suka. Haha.
Then kami pun berpusing-pusing la di dalam itu shopping complex. Pusing punya pusing, tiba-tiba terserempak dengan lecturer kitorang. Lecturer yang kononnya paling macho kat kolej tu (hoh, koya ler mu) yang menjadi kegilaan pelajar-pelajar (ada ke yg tergilakan beliau? Kalau ada, memang sah gadis itu gila, haha) Guess what? Lecturer yang kami ingat masih single and available tu, dah kawen. Giler terkejut beruk kami (beruk kami je yang terkejut, kami tak,hehe) dibuatnya. Bukan takat kawen, dah ada 2 anak lagi. Tapi serious perangai macam bajet dia muda remaja. Menggelenyar pulak tu.
Aritu, aku gi jumpa dia, nak hantar borang **, tau apa jadi? Err tak perlu cerita di sini kot. Biar FA je yang tau cerita tersebut. Rahsia ok? ;-p
Lelaki. Memang macam tu kan. Mata keranjang. Tak cukup satu. Dasar buaya daratan. Huh! Saya benci lelaki seperti itu. Benci..benci..benci..! Ok, cukup beremosi. 



Kami balik ke kolej menaiki bas secara percuma (Bangga) ingatkan tak perlu bayar. Kami dengan selambanya turun dari bas tu. Dah turun baru cakap "eh, free ke?" Ade sorang minah tu tak puas hati dgn kami. Dia kena bayar kot. hahaha.
P/S: Terasa diabaikan oleh awak. Terima kasih ='(

keNEKADan

The end of me, untuk tak lebih dari beberapa bulan kot...
Lupakan saya seketika ok?
~Semoga selamat segalanya~
p/s : Jangan nakal-nakal :-#

sayang + suka + minat = ?

Cinta Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau boleh nak dia tahu.. dan kita seboleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. Kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. Dalam erti lain : Cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je. Sayang Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. Dalam erti lain : Sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya. Suka Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu… Dalam erti lain : suka ditujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekiranya usus kita dah nak terbelit. Minat Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya. Dalam erti lain : Minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan impikan ataupun idamkan… Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu… Sumber dari internet..

wrong no la macha!

Sedang aku lena diulit mayang diulik, eh tak, maksud aku, lena diulit mimpi, tiba-tiba aku terasa satu getaran. Getaran yang biasanya bisa menggoncang iman ku (woo ayat tak menahan) sebenarnya nak cakap getaran tu datang dari telefon aku. Saje nak kasi ayat power2 (hehe)

Panggilan dari no yg tidak dikenali. +9665331****62 no yg lebih panjang daripada biasa. Bukan no Malaysia. Aku pun dengan perasaan malas bercampur aduk dengan sakit hati kerana waktu tidur ku diganggu, menjawab panggilan tersebut.

“Hello..”

Hello. Boleh saya bercakap sama PUAN (apetah nama beliau,aku tak ingat, tengah mamai masa tu) Puan boleh bantu saya nggak. Saya mau cakap sama kawan saya di dalam penjara. Ini Pegawai Imigresen (betul ke ejaan ni? Hoh, tibai la) kan? Pot..pet…pot..pet" (dia meneruskan rayuan)

Aku kat sini dah panas telinga je dengar. Aku cakap.

“Maaf, awak ni dah salah no”
Manusia di hujung talian itu dengan yakinnya menjawab,

“Tolong lah Puan. Tolong saya. Saya nak cakap dengan dia sekejap saja. Bla..bla..bla” ~tanpa henti selama beberapa minit.

Ha, ini dah lebih, dah la kacau aku tido, pastu tak paham bahasa pulak. Tension!!!!!
Rasa cam nak memaki hamun. Tapi kalau aku marah manusia di hujung talian itu pun tak guna. Bukan dia yang salah. Pesalah BESAR sekarang adalah PUAN *tut..tut* itu. Puan itu yang dah salah bagi no. Tension tau tak nak menjawab dan menerangkan kepada mereka-mereka yang tak faham bahasa ni yang mereka sudah salah orang.

Tiada Puan *tut..tut* di sini!!!
Dah BANYAAAAAAAAAAAAAAK kali orang call aku nak cakap dengan Puan *tut..tut* tersebut.
Ada satu hari tu, tengah aku khusyuk mendengar kuliah biology tiba-tiba ada getaran (lagi)

“Hello. I’m Edward (bukan nama sebenar) from Ireland.”

Woo jaohnya panggilan. Dalam hati dah dup..dap..dup..dap je.

“Yes,may I help you” (lebih kurang gitu la kot ayat aku)

Menanti dengan penuh debaran.

“Can I speak with Madam *tut..tut* the Imigration Officers ”

Macam *tut..tut* je aku rase time tu. Ye ye aku terkoncoh-koncoh kuar dari kuliah nak jawab panggilan yang aku ingat datang dari pegawai yang menguruskan kemasukan pelajar ke university di Ireland. Cewah bajet pintar je. Dalam mimpi la aku nak dapat tawaran sebegitu kan. Haha.

Ok, berbalik pada mood tension sebentar tadi. Haa, mau tak tension. Mengganggu ketenteraman hidup aku tau tak. Sekali lagi nak kena terangkan yang aku BUKAN Puan *tut..tut* kepada mereka yang tak paham bahasa. Serabot betol. Masuk kali ni, dah berkali-kali panggilan sesat ke telefon aku yang datangnya dari merata pelusuk dunia. Ada dari Afrika lah. Ada yang dari Indonesia. Ada dari Singapore. Merata-rata lah.

Kepada Puan *tut..tut* tolong lah betulkan balik kesalahan anda. Nak bagi no fon tu make sure dulu tu no fon anda. Anda telah menyusahkan saye tau!




p/s: kawan 'special' topup la cepat..saya bosan ni..


.

aku dah cakap..


nak mendapatkan informasi tentang WANITA dan
cara2 menjadi JIWANG..
kui3...
piiirah...
kita pergi kepada cerita seterusnya,
semalam sedang aku tak tau nak buat ape, aku pun search la gambar-gambar menarik di internet..
search punya search punya XPDC (ok, abaikan ayat ini)
aku terjumpa satu gambar menarek...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
tadaaaaaa!!!
aku nak kek birthday yg indah sebegini boleh tak?
please..please..
pastu nak gedik2 mintak ini pulak...
*
*
*
* * *
* *
*
*

chocolate yg BANYAK..
boleh??? boooooleh la...
setahun sekali je..
tahun depan mintak yg lain pulak..
hehe..
p/s : kawan 'special' -> 143 (i hate you) haha..