wrong no la macha!

Sedang aku lena diulit mayang diulik, eh tak, maksud aku, lena diulit mimpi, tiba-tiba aku terasa satu getaran. Getaran yang biasanya bisa menggoncang iman ku (woo ayat tak menahan) sebenarnya nak cakap getaran tu datang dari telefon aku. Saje nak kasi ayat power2 (hehe)

Panggilan dari no yg tidak dikenali. +9665331****62 no yg lebih panjang daripada biasa. Bukan no Malaysia. Aku pun dengan perasaan malas bercampur aduk dengan sakit hati kerana waktu tidur ku diganggu, menjawab panggilan tersebut.

“Hello..”

Hello. Boleh saya bercakap sama PUAN (apetah nama beliau,aku tak ingat, tengah mamai masa tu) Puan boleh bantu saya nggak. Saya mau cakap sama kawan saya di dalam penjara. Ini Pegawai Imigresen (betul ke ejaan ni? Hoh, tibai la) kan? Pot..pet…pot..pet" (dia meneruskan rayuan)

Aku kat sini dah panas telinga je dengar. Aku cakap.

“Maaf, awak ni dah salah no”
Manusia di hujung talian itu dengan yakinnya menjawab,

“Tolong lah Puan. Tolong saya. Saya nak cakap dengan dia sekejap saja. Bla..bla..bla” ~tanpa henti selama beberapa minit.

Ha, ini dah lebih, dah la kacau aku tido, pastu tak paham bahasa pulak. Tension!!!!!
Rasa cam nak memaki hamun. Tapi kalau aku marah manusia di hujung talian itu pun tak guna. Bukan dia yang salah. Pesalah BESAR sekarang adalah PUAN *tut..tut* itu. Puan itu yang dah salah bagi no. Tension tau tak nak menjawab dan menerangkan kepada mereka-mereka yang tak faham bahasa ni yang mereka sudah salah orang.

Tiada Puan *tut..tut* di sini!!!
Dah BANYAAAAAAAAAAAAAAK kali orang call aku nak cakap dengan Puan *tut..tut* tersebut.
Ada satu hari tu, tengah aku khusyuk mendengar kuliah biology tiba-tiba ada getaran (lagi)

“Hello. I’m Edward (bukan nama sebenar) from Ireland.”

Woo jaohnya panggilan. Dalam hati dah dup..dap..dup..dap je.

“Yes,may I help you” (lebih kurang gitu la kot ayat aku)

Menanti dengan penuh debaran.

“Can I speak with Madam *tut..tut* the Imigration Officers ”

Macam *tut..tut* je aku rase time tu. Ye ye aku terkoncoh-koncoh kuar dari kuliah nak jawab panggilan yang aku ingat datang dari pegawai yang menguruskan kemasukan pelajar ke university di Ireland. Cewah bajet pintar je. Dalam mimpi la aku nak dapat tawaran sebegitu kan. Haha.

Ok, berbalik pada mood tension sebentar tadi. Haa, mau tak tension. Mengganggu ketenteraman hidup aku tau tak. Sekali lagi nak kena terangkan yang aku BUKAN Puan *tut..tut* kepada mereka yang tak paham bahasa. Serabot betol. Masuk kali ni, dah berkali-kali panggilan sesat ke telefon aku yang datangnya dari merata pelusuk dunia. Ada dari Afrika lah. Ada yang dari Indonesia. Ada dari Singapore. Merata-rata lah.

Kepada Puan *tut..tut* tolong lah betulkan balik kesalahan anda. Nak bagi no fon tu make sure dulu tu no fon anda. Anda telah menyusahkan saye tau!




p/s: kawan 'special' topup la cepat..saya bosan ni..


.

No comments: