Ini betul-betul emo!

Dah dekat sejam aku terkebil-kebil depan laptop ni.. tak tau nak cerita pasal apa.
Banyak sangat yang bermain difikiran..

Tadi, ade sorang member aku ni tanya satu soalan yang membuat aku terfikir..
Membuat aku pening. Macam mana aku nak jawab soalan tu. Lama aku terdiam. Aku tenung muka kawan aku tu dalam-dalam. Memikirkan apakah jawapan yang tepat untuk soalan itu. Mesti korang tertanya-tanya, ape je la soalan yang dikecohkan sangat tu. Begini bunyi nya :

"Kau ni single ke dah berpunya?"

Dang!!! Ape aku nak jawab ni. Garu-garu pale yang konon2 gatal. Hmmm, nak dipendekan explaination, macam ni lah, aku single. Yes SINGLE but NOT AVAILABLE. Tapi aku tak pasti. Benar-benar not available kah aku? Kadang-kadang aku rasa macam hidup aku ni selalu dipermainkan. Bila aku betul-betul serius kat seseorang tu, dia buat tak tau je. Suka main tarik tali dengan aku kan. Ingat seronok sgt la main tarik tali tu. Tak ok. TAK!
Tuhan, berilah aku seseorang yang betul-betul sayang pada aku. Yang betul-betul ikhlas dengan aku. Yang motifnya bukan hanya nak jadikan aku bagai kucing peliharaan mereka. Bila rasa nak, dicari. Bila rasa dah bosan, dibiarkan aku macam tu je. Aku ada perasaan. Aku manusia biasa.

'The saddest thing in the world is, loving someone who no longer loves you'

Ramai yang pandai berkata-kata.
"chill friend, there's many other fishes out there"
Cakap je senang la.
Tapi untuk memilih ikan yang benar-benar elok itu, bukan mudah. Untuk membuka hati dan beri peluang pada seseorang itu juga bukan mudah.

Sepanjang hidup aku. Aku kenal dengan ramai lelaki. Macam-macam perangai. Beraneka ragam. Ala-ala ragam P.Ramlee gitu. Semuanya buat aku pening kepala. Haha. Dan yang dapat aku simpulkan dari perkenalan aku dengan mereka, boleh dikatakan hampir 98% mata keranjang macam nak mintak penerajang. Dasar lelaki. Dan aku tak kata perempuan semuanya baik. Mungkin apa yang berlaku adalah karma kehidupan. What goes around comes around. U see. Buat la benda yang tak elok pada seseorang. Pasti dapat balasan suatu hari nanti.


~Tunggu~

2 comments:

nyna said...

alololo.
sedihnye lah.
meh2 ngadu dekat nyna
:)

ahmad said...

single but not available...wiwiwt....hahaha