Bila org dah tak nak,buat apa kita nak terhegeh-hegeh lg kan?



Current mood : neutral 

Lepas dah luahkan segala apa yang ada kat dalam kotak hati dan akal fikiran, aku rasa tenang. Rasa lega sangat. Entah dari mana datangnya kekuatan untuk aku cakap benda tu pada dia. Mungkin sebab dah terlalu lama aku simpan, takut basi atau dihurung lalat nanti lain pulak jadinya. 


Tertanya-tanya , tertunggu-tunggu, terkilan, tergeram, termarah, tersakit hati semuanya bersatu menjadi satu resipi baru dalam hidup aku. Umpama rojak buah yang dimakan dengan kuah hitam pekat melekat ditambah dengan manis masam masin dan pedas. Perghh meleleh ayaq idung babe. Haha. Bayangkan jika buah dan kuah itu ada kat dalam perut berhari-hari tanpa dilepaskan sebagai sisa kumbahan, apa akan jadi pada perut kita? Hah, lu pikir la sendiri. So, sebab itu aku decide untuk buang segalanya. Tanpa tinggalkan sebarang sisa pun. Biarlah semuanya berakhir hari itu. 

Setelah penat lelah aku mengarang ayat baik punya. Akhirnya ,segala apa yang tersirat sudah tersurat. Jawapan yang diberikan tidak la terlalu negative dan tidaklah juga terlalu positive. Thank god, aku dapat terima dengan tenang. 


Seperti yang dijanjikan lepas ni, no more hard feelings , no more emoing, no more touching2. Aku tak harapkan lebih daripada dia. Tak perlu paksa diri untuk mencintai. Biar cinta itu datang sendiri. Supaya lebih dihargai. Semoga cinta itu kekal abadi. Wah, jiweng kao! Geli2… haha..

1 comment:

nyna said...

woo..
beraninya anda sedara.
hehe.
ckp pasal rojak kan rumah nyna ada kuah hitam pekat tu.yummy~*motif untuk menjeleskan anda.haha

ok.ayat mmg gelimat.haha