insaf sekejap..huh?

ekcely kan... ekcely kan kan kan...ade banyak sangat benda aku nak share dengan korang...tapi disebabkan TERLALU banyak, aku tak tau macam mana nak tulis..macam mana nak luahkan...macam mana nak nak nak laa...

Sedang aku sibuk menjelajah belog-belog yang menarik tertarik kau memang tembam, tiba-tiba tah macam mana aku boleh terbuka satu belog ni...

ayat-ayat dalam belog tu...perghhh boleh bikin hati bergetar, jantung membeku jari jemari terkaku...


 >> kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.

>> Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.


membaca ayat-ayat begitu dipagi subuh yang hening begini membuatkan aku rasa macam ~macam mane ye nak cakap~  hrmmm...


>>Jauhilah perbuatan 'honeymoon' sebelum tiba masanya...

>>Jangan dekati zina. Ibarat menagih dadah, sekali terkena menjadi gian dan ketagih. Mahu lagi dan lagi, sampai bila?


Ni lagi...ayat yang buat aku rase macam nak mengalir ayor mate ayor hidong dan segale ayor yang ade kerana malu...malu pada......

>> Berkawan memang boleh untuk belajar, berkenalan dan bersembang tetapi jangan sampai tidak terkawal.

>> Berdua-duaan dengan pasangan bukan mahram adalah haram. Di dalam kereta berdua-duaan, di dalam rumah berdua-duaan, menaiki motor apa lagi saling merapat-rapat lagi haram. Apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan berbondong-bondonglah tentera iblis mengerumuni untuk menggoda supaya melakukan maksiat.


 ~renung-renungkan dan selamat beramal~

1 comment:

Anonymous said...

org ISLAM terutama MELAYU
memang jenis mudah lupa & insaf sekejap jer...
amat susah nak cari seorg MUKMIN skrang,yg byk muslim sahaja...