i think i'm in love =)

aha, surprisingly ! i never thought of falling for you. Seriously, when i first saw u, it was about 3 years ago, if i'm not mistaken, we met but we never talk.

We were once friend, and still friend. But, its just me myself had this thought that u like me. Aren't you?

 I know i know it's sooo damn annoying to think too far. I just don't care. I like you. That's all. And i really hope that one fine day, we will be more than friends. I hope.

bila Tuhan 'usik' hati tu sikit.

Duduk sendiri dikelilingi manusia tetapi masih sepi. Terdetik seketika, dihati kotor ini,sampai bila aku mesti begini? Sampai bila aku sanggup untuk teruskan hidup tanpa rasa simpati. Simpati pada diri.

Aku mahu itu, aku butuh ini. Tak pernah habis permintaan selagi hayat masih bertahan.

Aku terpandang susuk seorang wanita, begini lebih kurang persisnya :
Pencarian Google


Sambil membelek diri sendiri, dalam hati berkata "Bila agaknya aku akan menutupi diriku seperti insan itu"

Suatu hari nanti. Ya, aku pasti suatu hari nanti aku akan jumpa jalan untuk ke sana.
"Belum benar-benar bersedia" itu jawapan tipikal seorang wanita yang tak punya apa-apa seperti aku.

notakukukaki : Sentiasa doakan yang terbaik buat semua yang aku sayang (termasuk diri sendiri)

what if your ex wants you back?

Kau kata kau dah tak contact lagi dengan ex kau. Tapi, aku tengok kat facebook rancak je. Tipu aku kan. Fine! Nasib baik la aku ni jenis tak percaya bulat-bulat cakap kau wahai jantan. Mulut manis je kan. Jangan nak manis sangat mulut tu, bangun tidur tengok mulut kau kena hurung semut nanti baru kau tau.

sumber gambar : pakcik gooooogle

pindah rumah baru =) dengan housemate baru

semalam rasa sedih, sayu je hati nak tinggalkan rumah 'tumpangan' yang dah lama aku tumpang tu. Sedih sebab kawan-kawan kat situ best. Best sangat. Paling best. Aku tinggal kat sana, tak pernah aku rasa sedih,alone. Hari-hari gembira, setiap masa ketawa. Sumpah korang the best la,

Tapi,ada satu perkara yang kurang best duduk dengan korang. Hari-hari duit asyik keluar macam air terjun. Rumah korang memang best sebab keliling ade kedai, segala kedai ada, cakap je nak apa. Aku ni pulak jenis tak leh ade duit kat tangan, semua benda pun aku nak kaut. Nak nak pulak banyak kedai makan, kawan-kawan pun jenis tak de hal nak pergi kedai makan sampai lunyai, lagi la aku suka. Tapi itu semua yang membuat aku bahagia =D Terima kasih kawan, kau buat aku terlupa erti duka seketika.

Berbalik kepada rumah baru tadi. So far, kawan-kawan kat rumah baru ni boleh ngam. Diorang pun best. Aku dapat warm welcome dari diorang. Lucky me kan. Hope tak nak la ada pergaduhan masam muka, hope kekal sampai aku habis belajar sebab rumah ni pun bersih, kemas dan selesa. Aku dapat bilik pun kongsi 2 org, bilik boleh tahan besar, ada la ruang nak menari zapin ke shuffle ke. Tak macam bilik aku kat baiberDURI sem lepas. Sudah la kecik, ramai pulak penghuninya. Sumpah sempit dan tak selesa, dapat bertahan 1 sem je duduk situ. Tapi rumah tu tetap best sebab bersih dan kemas juga. Sayang sebenarnya nak keluar dari situ tapi memandangkan sewa agak mahal dan rasa macam tak berbaloi je duduk kena berhimpit baik aku blah awal-awal.

My life is great so far, thank you Allah =)

miserable me

I'd prepared something for you. For your special day. I stayed up last night until 5.00 a.m to finish up that something. I woke up at 9.00 a.m and i looked at my phone. A message from you =) i smiled. But then, my heart aches, after reading the content. Continued my not-so-sweet dreams. And my whole day was miserable. I hate you!

emosi dini hari

Dah lama aku perasan benda ni. Dah lama aku nak cerita pasal benda ni. Dah lama aku tak puas hati dengan benda ni.

SITUASI 16 (tak payah confuse sangat, memang cerita ni skip terus ke situasi 16, sebab CD situasi 1-15 hilang ke mane tah, mungkin mak eton pinjam tak pulangkan lagi)

Ok, begini situasinya, kau ada sorang member, member yang kau kenal agak lama, lama yang sampai kau sendiri  tak ingat berapa lama dah kau kenal dia. Tup tap tup tap, hari berganti hari, bulan berganti bulan, tahun berganti baju, kau orang tetap begitu, sekadar kenalan. Mesra? Bila berjumpa sahaja.

Tapi dengan adanya dunia alam maya, kau kekal sebagai sahabat. Kadang-kadang ada juga bertegur sapa. Cuma,itulah. Kadang-kadang sahaja.

Ok, fine. Aku dah merepek, to cut it short. Sepanjang aku hidup ni, ramai jugak kenalan lelaki yang aku rapat. Rapat yang tak rapat mane pon, rapat bila time ada masalah je. Contohnye, bila ada masalah dengan awek. Time tu la baru nak sibuk cari tanya khabar la bagai. Bila tengah gembira, bahagia, ada nak cari aku? Jangan harap la kasimmmm.

Tapi tak pe, aku tak kisah semua tu, yang penting kawan-kawan still ingat aku. Tak de la rasa macam loser giler sorang2 tak de member. At least, bila sorang tu tengah bahagia, ada lagi sorang yang duk menderita tersiksa jiwa raga cerita masalah kat member. Aku suka jadi pendengar setia. Aku dengar segala benda yang korang nak cerita. Jangan risau, segala cerita yang aku ada, aku TAK akan cerita pada sesiapa. Mungkin itu salah satu sebab kenapa mereka suka cerita masalah mereka pada aku, atau mungkin juga sebab memang aku saje yang available masa diorang jiwa kacau tu dah tak tau nak cerita pada siapa tiba-tiba nampak gambar aku kat facebook ade lampu kecik kaler hijau dan tanpa ragu terus tekan di situ cerita pum pang pum pang dan berlalu buat macam tak ada apa-apa yang berlaku. Mungkin -_-'


Ada jugak jenis yang baru putus cinta, nangis sampai bengkak mata, lepas tu pura-pura macam "Aku cool, buat apa nak ingat perempuan ##%&^*$!%^$^*& macam tu. Aku cool. "

Tapi dalam banyak-banyak jenis tu, boleh aku rungkaikan, banyak jugak jenis yang baru berapa saat clash terus rasa diri hebat flirt dengan perempuan lain. Tak kisah la kau nak flirt dengan siapa pun,aku tau kau memang jenis yang tak boleh rasa diri lonely. Yang menjadi masalah sekarang ni, kalau kau flirt dengan perempuan yang kental tak pe jugak, ini kau pergi flirt dengan perempuan yang senang makan pujian,baru puji sikit dah bangga diri pergi update status kat twitter kata dah fall in love la bagai. Kau buat perempuan tu suka gila babi kat kau, sampai dia rela buat apa saja demi kau, basuh seluar baju kau, tengah malam tiba-tiba kau rasa lapar, kau call dia sambil buat suara menggoda, suruh masak ikan flowerhorn masak tempoyak siap delivery ke rumah pun dia sanggup buat, pastu bila kau dah bosan kau blah macam tu je. Kau ingat kau siapa?


Semenjak dua menjak ni, aku perasan, ramai kawan-kawan lelaki aku, mula rapat dengan aku sejak dorang putus cinta dengan awek tercinta. Kire macam kebanyakan mereka tengah mencari damai dihati la kononnye. Nak lupakan awek lama. Yang paling tak boleh belah, siap bersayang-sayang dengan aku. Kemon lah bro,kalau nak lupakan awek lama sekali pon, tak payah la kau nak ayat manis sangat dengan aku. Kalau lah aku ni jenis hati ais,kena panas sikit dah cair, habis lah kau. Memang sampai mati pon aku tak kan lepaskan kau. Kau ingat, sekali aku jatuh cinta, sampai mati pun aku tak kan lupa. Perghh, scary kannnn?

*Nasib baik setakat ni,hati aku masih gagah perkasa bak raksaksa. Walaupun kadang-kadang tu ada jugak la terkucil sana sini dek hasutan syaitonnirrojim. Tapi, aku cepat-cepat lempang diri sendiri sampai tersedar yang "eh,ape dah jadi dekat aku ni, mesti dah kena mandrem, baik pergi mandi bunga cepat" (lari masuk bilik air,mandi pakai 7 jenis sabun berbau bunga,ahh segar!)


notakukukaki: aku kalau boleh tak nak ade apa-apa hubungan dengan lelaki yang baru clash atau patah hati, maksud aku, hubungan hati dan perasaan, setakat kawan tu no hal lah brader =)


Ok lah,malas nak fikir lagi. Bye!

mood memang suka berubah-ubah ye?

Semalam sedih kemain, hari ni happy kemainmain. Hehe.

Tadi kan ade orang tu kan ajak saya kan pergi dating kan. Mula-mula kan saya memang tak nak pergi kan sebab kan saya kan sakit hati sangat dengan dia kan. Tapi tula kan, saya dah cakap dah kan, hati saya ni mudah lembut kan.

Tak tau kenapa, aku rasa gembira sangat keluar dengan dia. The whole day asyik gelak aje. Walaupun benda yang aku gelakkan tu tak de la lawak mane. Kadang-kadang lawak bodoh je, tapi aku nak jugak gelak. Entah la, dah kena mandrem ke ape aku ni. Haih~

Lepas ni dah tak dapat jumpa lagi, kita dah jauh, belum apa-apa aku dah rasa rindu, acane ni?

whatthefuckin'hellhaveyoudonetomyheart?

Geramnye aku!!!!

Kenapa selalu macam ni? Bila aku dah suka kat seseorang tu, everything went miserable.

Banyak kali aku ingatkan diri aku, jangan mudah jatuh cinta, jangan mudah percaya, tapi itu lah, aku lemah.
Aku lemah bila dihidangkan dengan seorang lelaki yang bermulut manis. BODO!

aku tak sendiri, tapi aku rasa sunyi

setiap malam ade saje yang text "good night, sweet dreams", tapi aku tetap sunyi.

setiap kali online ade saje yang tegur, sembang lama-lama, tapi aku tetap hampa.

setiap hari ade saje yang nak dirindu dan merindu, tapi aku tetap menunggu.

Tapi semalam, aku rasa sesuatu, sesuatu yang dah lama aku tak rasa. Perasaan yang dah lama aku buang jauh dari kotak kewarasan aku. Aku tak suka perasaan tu.

dugaan maha dasyat !

  Lepas satu, satu masalah yang datang. Ya Allah, kadang-kadang aku rasa aku tak cukup kuat untuk lalui semua ni. Sampai satu saat aku rasa aku dah memang putus asa untuk teruskan hidup. Hari-hari aku menangis. Aku menangis depan orang. Tak pernah aku menangis depan orang lain. Ego. Itulah pertama kali. Nampak tak betapa besarnya dugaan yang aku lalui?


Aku tak tau nak percaya pada siapa sekarang. Betul kata orang, kalau kita buat baik dengan orang tak semestinya orang balas baik pada kita. Kawan yang kita panggil kawan boleh jadi musuh dalam lipatan.

Aku akan ingat pesan seorang kawan aku ni, katanya "jangan terlalu baik dengan sesiapa"


emosi : runsing ~_~

kenapa aku suka hidup single?


Kenapa kalau aku cakap aku single tak ada banyak orang yang percaya.

Let me tell you something, bukan aku tak nak bercinta, but it's like, once you've been hurt, you are so scared to get attached again. Like you have this fear that every person you start to like is going to break your heart.

Faham?

Sedar tak sedar, tup tap tup tap, dah dekat 6 bulan kot aku single. So far, i'm enjoying myself being single. Kadang-kadang tu ada la jugak rasa alone, tapi belum sempat aku feeling alone, ade saje yang datang mengganggu menemani hati yang sedang duka (duka la sangat, tuihh)

Kalau aku kat rumah, tak ada benda lain yang wajib aku buat selain online. Hari-hari memang wajib buka facebook. Sebab through facebook je aku dapat hilangkan bosan. Setakat ni, aku tak pernah lagi rasa bosan sebab setiap kali aku online, ade je kawan-kawan yang sudi sembang-sembang kencang dengan aku.

Untung la dapat kawan-kawan macam korang. That's why aku rasa macam, 'buat apa nak ada boyfriend?' Kalau ada bf nanti, aku dah tak boleh nak sembang kencang dengan kawan-kawan (terutama kawan lelaki) aku. Sebab ada batasan. Batasan yang membuatkan aku bosan. 

Lagi, kenapa aku suka hidup single? Sebab aku boleh hang out dengan SESIAPA saje yang aku suka. Tak ada orang yang nak halang. Kalau ada bf, setiap benda nak kena report, setiap saat nak kena punch card, bagitau dekat mana dengan siapa. Ah, rimas tahu? Mak pak aku pon tak caring macam tu. Aku nak keluar, suka hati aku, yang penting pandai jaga diri. Tak ada nya time aku keluar makpak aku nak call lime ploh pat kali tanya aku kat mana, tengah buat apa, dengan siapa. Tak. Tak pernah selalu makpak aku buat begitu. Diorang percaya kat aku. Diorang tau aku pandai bawak diri. Diorang percayakan aku. So, aku pun kena la pandai jaga kepercayaan itu. 

Next reason, aku jarang rasa sunyi sebab aku ada ramai kawan-kawan lelaki yang caring. Tak tahu la kot dorang saje buat-buat caring ke ape ke. But, aku rasa aku tak perlu ada special bf  selagi bf bf aku ni masih setia nak care pasal aku. Everytime i have problems, aku share dengan korang. Ada yang pandai bagi nasihat, ada yang bagi kata-kata perangsang, yang bagi motivasi pun ada. Sekali lagi aku nak cakap, untung ada kawan-kawan macam korang =) 

Sampai bila aku nak stay single?
Hrmm,entah la. Bila sampai seru kot. Sampai seru dah gatal merenyam sangat nak berlaki baru aku cari. Ada orang kata, cinta sejati tu tak perlu dicari, dia akan datang dengan sendiri. Tapi, bagi aku, aku tak percaya pada cinta sejati. Lagi-lagi zaman sekarang ni. Ada orang, depan kita, pijak semut pun semut segan nak mati, belakang kita, sendiri mau ingat la brader. 

Chow!

alamak kecoh la manusia ni !

Aku baru tak datang sehari dah nak kecoh macam dunia mau kiamat. Wakdepak la weyh.

Aku ada mc, aku bukan cuti saja-saja. Aku rasa aku ada hak untuk tidak datang kerja sebab aku sakit. Ok,fine memang last week aku cuti tapi tak ada mc atau apa saja jenis surat kiriman rasmi mahupun tak rasmi. Aku admit memang silap aku sebab tak pergi klinik. Period pain, tau tak macam mana rasanya kena period pain?  Nak bangun pun tak boleh. Sakit terlampau.

Itu cerita last week, harini punya cerita pulak, aku demam. Dapat Medical Certificate dari doktor. Bukan aku saje suka-suka tak nak datang. Apsal kau nak kecoh sangat. Fine,memang salah aku sebab lambat inform yang aku tak leh datang kerja, patut masuk kerja pukul 7 tapi sebab aku makan ubat lepas sahur pastu aku tertidur, tengahari baru sedar dan berpuluh2 miscalled aku dapat. Tapi, big deal sangat ke aku tak datang sampai kau nak pergi serang orang lain bising-bising tanya kenapa aku tak datang? Saje la tu nak cari point, nak cari salah orang.


mood : bengkak hati,panas membara dijiwa

diri ini tak layak untuk dicintai

Aku termimpikan kau wahai kekasih lama. Aku rindukan kau wahai kekasih lama. Boleh tak aku nak kembali kepada kau wahai kekasih lama?

Sekarang baru aku sedar, permata yang sering aku kejar itu rupanya hanya kaca yang bersinar.

Aku dah banyak sakitkan hati lelaki. Aku dah banyak kecewakan hati lelaki. Aku lakukan semua tu kerana dendam. Dendam aku terhadap seseorang yang bernama lelaki.


p/s : dendam terhadap SEseorang yang bernama lelaki, bukan SEMUA orang yang bernama lelaki, ok.

kecik2

Aku nak kembali ke zaman aku kecik-kecik.

Masa zaman sekolah dulu, aku memang tak ada langsung kawan lelaki. Langsung. Yes, langsung tak ada. Sekolah rendah, sekolah menengah semua kat sekolah perempuan.

 Masa tadika dulu pun aku tak kawan sangat dengan lelaki sebab aku ni pemalu. Ade la jugak aku minat sorang budak laki ni masa kat tadika dulu. Dia tua setahun dari aku. Kire mase tu aku umur lima tahun, dia dah enam tahun la.

Aku paling suka bila time rehat. Sebab time tu kitorang boleh pegi main kat taman. Masa tu la aku dapat usha budak laki yang aku minat tu. Kalau nampak dia nak pegi main slide, aku cepat-cepat follow, beratur belakang dia, dengan harapan dia tegur aku. Pastu kalau dia pergi main buaian pulak, aku ikut jugak walaupun masa tu buaian dah penuh. Aku buat-buat la macam aku tunggu turn sambil pusing-pusing kat tiang buaian buat tarian tiang dengan harapan dia pandang. Lepas dia dah bosan main buai, dia pergi main gayut-gayut pulak. Ape nama benda gayut-gayut tu, spider web ke apetah. Nampak dia panjat punya lah tinggi, aku pun konon-konon nak tunjuk kental, panjat jugak. Tapi sampai separuh je sebab aku gayat. Dapat tengok dia dari bawah pun jadi lah. Then, loceng berbunyi.

Semua orang kelam kabut lari lari beratur tepi kelas. Pastu aku baru teringat yang aku lupe nak makan makanan yang mak aku bekalkan pagi tadi. Masuk je dalam kelas aku terus cek drawer aku cari Tupperware gambar kartun aku. Sekali tak ada pulak. Jenuh la aku tawaf satu kelas tu cari Tupperware aku, takot nanti mak marah bile mak tau Tupperware tu hilang kat sekolah. Sedang aku mencari tiba-tiba aku ternampak sorang budak laki kelas aku tengah pegang Tupperware sebijik macam aku punya. Aku pun apa lagi, pegi la serang budak tu. Mula-mula dia tak nak pulangkan, pastu cikgu datang baru dia bagi balik Tupperware tu kat aku sambil gelak mengilai ngilai. Aku pun buka la Tupperware tu konon nak makan, sekali tengok, kosong! Habis makanan aku ditibai dengan budak tu. Kurang asam betol. Aku tak berani buat apa-apa sebab masa tu aku ni penakut, budak tu pulak memang suka buli orang. So aku diam jela. Tahan lapar sampai tengah hari. Hah, amek kau! Padan muka. Masa rehat orang suruh pergi makan aku pergi main kat taman. Gatal sangat. Haha.

 Oh, berbalik kepada cerita budak laki yang aku minat tu, sampai sudah aku tak tau dia tu sapa sebab dia tak pernah tegur aku pun. Penat je aku duk follow dia hari-hari. Tau la aku tak comel masa tu. Dah la hitam, comot, pendek pulak tu. Pandang sebelah mata pun dia tak mahu.

Sekian saja kisah sedih masa kecik-kecik aku. TAMMAT.


nak add ke tak nak nak ke tak nak ke tak? ketak ketak?

kalau aku add nanti nampak macam gelojoh sangat. Hrmmmm.

Ok. Dah add da pon. Tapi sayang, dia dah berpunya.. Hwaaa ='( kuciwanya rasa dihati ini.

cinta tepuk amai-amai

Kali ni nak cerita pasal bekas kekasih-gelap-yang-ku-tepuk-sebelah-tangan pulak.

Ceritanya bermula 3 tahun lepas.  Eh, yeke 3 tahun lepas? Tak bape nak ingat. Tapi assume jela 3 tahun lepas. Malas pulak aku nak bukak kamus cinta karat aku yang dah berhabuk tu.

Cinta kali ni memang cinta mati gila. Memang cinta serius gila.

Aku kenal dia secara tak sengaja. Mula-mula berjumpa, memang tak ada rasa apa. Mungkin dia bukan aku punya citarasa. Masa tu aku punya citarasa tinggi gila. Nak pandang yang handsome kacak bergaya. Si dia, biasa-biasa saja.

Benar apa orang kata, tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal macam celaka.

Seronok berkawan dengan dia. Hari-hari berbalas pesanan. Tapi tak sekali pun dia buat panggilan. Malu katanya. Tak tau nak cakap apa. Apa yang dimalukan pun aku tak tau. Itu yang membuatkan dia istimewa. Dia selalu buat aku ketawa. Dia selalu buat aku gembira.

Tak sangka, aku boleh jatuh cinta sebegitu rupa. Itulah kali pertama aku rasa hati aku terpaut pada seorang jejaka.

#Iklan tak berbayar : Eh, kenapa skema sangat ayat aku. Rasa geli-geli pulak bila baca. Tak kisah la, siapa yang rasa tak tahan boleh teruskan ke butang 'X' di atas belah kanan dan tekan.

Hampir setahun aku tunggu. Aku tunggu kata putus dari dia. Apa sebenarnya yang ada dalam hati dia. Kalau benar dia sayang, luahkan. Kalau tidak, luahkan jugak. Aku tak nak tergantung tanpa tali dipokok cili belakang rumah pak ali. (Pak ali jugak yang dapat nama)



Akhirnya, berakhir. Ok. Dah, Bye!

teringat bekas kekasih

Pernah jatuh cinta, banyak kali. Pernah buat orang jatuh cinta, juga banyak kali. Bercinta? Cuma sekali, setakat ini.

Sepanjang aku hidup dimuka bumi, banyak kali jugak aku couple, biasa lah cinta beruk monyet. Tapi dalam banyak-banyak tu sorang pun aku tak pernah jumpa masa aku couple dengan mereka. Percaya tak? Tak caye sudah la.

Dulu aku couple sebab suka-suka. Tengok orang lain couple, aku pun nak jugak. Aku aktif chatting cari jantan baru. Kalau ingat balik zaman dulu-dulu, memalukan babe! Aku couple dulu kire macam couple alam maya je la. Online dating, bak kata orang putih. Sebab tu bila ada orang tanya aku pernah couple ke tak, aku jawab tak. Sebab aku tak cinta pun pada mereka. Aku couple sebab terpaksa. Sebab ada orang ajak couple, aku couple jela. Budak baru nak up kan.

Masa kat matrik dulu, aku pernah gak couple dengan kawan sekelas aku. Tapi masa kitorang couple tu, dia dah pindah masuk universiti. Kitorang couple tak lama pun. Ada la dalam 2 minggu macam tu. Nak dating pun tak sempat. Haha. Sekarang aku tak tau la mana pergi ex aku tu. Dah lost contact terus.

Bila dah dewasa sikit, aku teringin juga nak rasa menyayangi dan disayangi oleh insan yang bernama lelaki. (Cewah,ayat tak menahan)

Bila dah masuk unibersiti, aku kenal ramai lelaki. Macam-macam jenis yang aku jumpa. Tapi semua tak menepati citarasa. Hingga lah aku dikenalkan kepada seorang jejaka. Pertama kali aku nampak dia, terus rasa suka. Entah macam mana, tiba-tiba kami bersama. Mungkin itu lah jodoh namanya.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di subuh hari. Baru beberapa purnama kami berkongsi tali kasih, pappppp! terputus di tengah jalan.

Oh, itu kisah cinta pertamaku.

Dan kisah itu sudah aku sisipkan dalam kamus cinta karat. Penamatnya sudah aku temui mungkin. Semoga cinta pertamaku hidup tenang disana. Maksud aku, dimana saja dia berada.



notakukukaki : gambar cinta pertama masih elok tersusun rapi dalam simpanan =)

definisi cinta jiwang karak highway

Pada aku, cinta hanyalah satu perkataan yang diciptakan oleh manusia bagi melambangkan rasa yang terbuku di dalam hati. 

Rasa kasih, rasa sayang, rasa suka, rasa perlu, rasa percaya, rasa setia dan sebangainya.
Setiap manusia mempunyai persepsi masing-masing tentang cinta. 
Cinta mengajar kita erti kehidupan.
 Cinta mengajar kita erti sabar. 
Cinta mengajar kita erti pengorbanan. 
Cinta itu indah. Cinta itu sejati. Cinta itu abadi.

Cinta pada tuhan. Cinta paling abadi dan yang tertinggi.
Cinta pada ibubapa. Mungkin tak akan mengecewakan sesiapa.
Cinta pada sahabat. Amat besar definisinya.
Cinta pada diri sendiri. Cinta pertama yang harus wujud dalam diri setiap manusia. 
Jika tidak cinta kepada diri, maka tidak akan wujud rasa cinta kepada sahabat, ibubapa dan yang paling utama, tuhan yang maha esa.

pisang bertelur

maaf tiada gambar untuk tatapan anda.

Dulu sebelum start praktikal, aku ada penyakit tak boleh tengok matahari (err, sebenarnya penyakit aku tak boleh tidur malam, bak kate omputeh, yang deme dok panggil insomnia tu haa) so,setiap malam aku akan terjah dapur cari apa yang ada untuk dimasak. Kebetulan masa tu baru balik dari kampung, maka kami borong bertandan-tandan pisang sampai hari-hari menu utama adalah pisang. Pagi-pagi buat lempeng pisang. Tengah hari masak gulai taruk pisang. Petang pula buat cekodok pisang. Malam mengunyah kerepek pisang sambil tengok drama. Memang muka pisang memanjang yang kami nampak.


Imej : Ihsan dari mr Google

Ok dah, melalut pulak. Memandangkan hanya pisang saje yang ada pada malam itu, maka aku dengan perut yang lapar pun terfikirkan satu resipi yang tak tau enak tahap apa ini.

 Ni resipi roti telur pisang goreng aku nak share pada korang :

- 2 keping roti pullman (roti biasa yang kaler putih orang selalu buat sandwich tu)

- 1 sikat biji pisang emas dibawa belayar (boleh guna pisang lain yang sedap dimakan juga)

- gula pasir secubit (cubit-cubit sayang je, nak bagi rasa manis tak manis sangat sebab pisang tu sendiri sudah ada manisnya)

- 1 biji telur ayam yang dipukul tanpa belas kasihan sehingga berbuih

- minyak yang agak banyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat:

1. Ambil roti, dua keping atau lebih pun boleh, lenyek sampai dia leper. Kalau tak de penggelek, guna tangan picit-picit pun ok jugak, nak lagi cepat penyek, guna siku atau lutut, janji dia penyek.

2. Hiris nipis pisang dan susun di atas roti yang telah dipenyekan tadi.

3. Taburkan gula dan lapiskan sekeping lagi roti, macam nak buat sandwich.

4. Potong roti menjadi 4 bahagian.

5. Rendamkan bahagian tadi didalam telur sehingga semua bahagian disaluti telur.

6. Goreng sehingga kekuningan. 

7. Dah siap! Makan dengan pelahap seolah-olah makanan itu sedap sangat supaya orang lain tengok dan rasa nak makan sama. Sharing is caring.

Notakukukaki : resipi yang aku bagi ni hidangan untuk satu perut sahaja. 

Aku suka lelaki yang BERSIH


aku suka lelaki yang bersih. bersih yang aku maksudkan di sini dari segi fizikal,penjagaan tubuh badan. Kalau dari segi akhlak, rupa, agama dan bla..bla..bla tu kite tolak tepi dulu… Itu cerita kita simpan untuk episode 347 nanti.
setiap kali aku keluar dengan mana-mana lelaki, surely aku akan cek dari atas ke bawah. dari hujung rambut sampai hujung kaki. cek luaran je ye. kau jangan nak fikir lebih. 
ni dia checklist aku :)
rambut: mesti kemas,teratur. paling tak pun, shampoo selalu. aku tak kisah sangat kau pakai gel ke wax ke minyak baby ke minyak atar ke atau kau tak sikat rambut ke,yang penting rambut tu BERSIH.
muka: bab muka ni aku jarang cek. sebab aku ni pemalu. kantoi la nanti kalau terusha lebih muka kau. haha. tak kisah la kau hensem macam fahrin ahmad ke jongang macam os ke hidung panjang macam zizan ke, yang penting muka tu BERSIH, tak mau berminyak macam kuali lepas goreng mee.
mulut: haa,yang ini memang bagi extra point kalau mulut kau tu sentiasa berbau harum. aku paling pantang kalau bercakap dengan mereka yang mulut berbau. agak-agak la der,sebelum bercakap tu boleh tak kau hembus nafas kau dalam plastik pastu kau bau nafas kau. kalau rasa macam nak pengsan bau nafas sendiri?kalau tak rasa apa-apa kau try suruh orang-orang berdekatan tolong bau. kalau ada yang tak kena, cari la gula-gula ke paling tak pun pegi cari pili air kumur-kumur ape yang patot.
gigi: walaupun gigi aku tak bersih mane,tapi aku suka tengok gigi orang yang bersih. yang tak ada ke’karat’an , ke’taik’an dan sebagainya.
bebulu: jangan nak fikir ke laut. bebulu makna nya, bebulu di tepi kawasan mulut. aku personally tak suka lelaki yang bermisai sebab aku sendiri ada misai. (haha. scary pulak bile dengar pompuan ade misai) janggut tu ok la. boleh diterima lagi. tapi trim kasi cantik kemas lagi molek.
leher: lagi besar halkum kau lagi seksi bagi aku. haha. eh,ke situ pulak aku. tak tak. bab leher ni pun aku concern jugak. tak nak la berdaki sana sini. BERSIH ok.
badan: ehem,yang ni aku tak dapat nak cek pulak sebab selalunya tersembunyi. hihi. yang penting badan tak berbau. oh just nak mention yang aku suka lelaki pakai deodorant AXE perisa coklat. awww„rasa macam nak makan je kau. 
tangan: ni paling kegemaran. pasal apa? pasal aku suka tengok tangan lelaki. lagi-lagi yang ada urat timbul-timbul. nampak seksi yuuu. 
kuku: ini wajib. kuku mesti sentiasa pendek. kuku panjang hanya untuk perempuan. lelaki berkuku panjang sangat eiiwwwww. tak kuase mak nak nengok. kuku ni bukan setakat kuku tangan je. kuku kaki pun aku tengok skali.
haa kau, aku dah cakap aku scan baek punye. dari atas sampai bawah. u better watch out guys!

habis la,lepas baca ni confirm tak de sape nak keluar dengan aku lagi. ahh,pedulik ape aku. keluar dengan diri sendiri pun jadik.

dah. bye!

lucky me, i'm a part of them =)

Menjadi sebahagian daripada mereka membuat aku rasa gembira.

Aku bertuah sebab jadi orang pertama yang terpilih untuk ke chinese kitchen. Dapat chef yang sangat memahami dan caring. Tiba-tiba terasa disayangi. Awwwh,,bahagia!

Yang buat aku rasa lagi bahagia lepas kejadian hari ini, hari ke 9 aku di situ.

Apa sebabnya? Itu nanti aku cerita.

Sekarang ni nak cerita kehidupan aku sepanjang bergelar 'anak dapur'. Kenapa aku panggil diri aku 'anak dapur' ? Yela, tak kan nak panggil emak dapur pulak? Tunggu kahwin nanti baru boleh. Pak dapur? Tentulah tidak sesuai. Anak dapur, bunyi sedap sikit. Lagipun, 'anak dapur' tu melambangkan yang aku masih mentah lagi selok belok di dapur. Masih baru. Masih perlu dibantu. Masih banyak yang perlu aku ambil tahu.

aku dah jatuh hati agaknya ?_?

Its been two weeks since i worked there. Eh,apsal aku speaking lak? Oh ye, aku kalau tiba mood emo, jiwang memang suka speaking fefeeling amareka. Maaf kalau english aku berterabur. Aku nak cakap sesuatu ni. Aku rasa aku dah jatuh hati pada...............

Sehari tak nampak muka, rasa resah je. Serba serbi tak kena. Bila dah nampak, mata bertentang mata. Senyum berbalas senyum. Baru rasa tenang. Nak pulak dia tegur. Aduh, rasa nak pengsan!


Aku tak ingat apa nama mamat tu. Tapi biar aku namakan dia Mr Sexy. Haha. Geli pulak sexy2 ni. Tapi, peduli apa kau? Sukahati aku nak bagi nama apa pun kan.

Ok, dah. Enough about him.

Esok ada budak praktikal baru. Yeay! Aku dapat teman jugak akhirnya. Tak de la aku kesorangan cakap dengan tray hari-hari. Potong sayur sorang-sorang. Hantar makanan pun sorang-sorang. Aku ni pulak jenis suka nyanyi terkumat-kamit sendiri. Ade ke patut ade yang tanya aku "cakap sorang-sorang ke? kau ok tak ni? Macam orang sewel je aku tengok" huh. sabar jela.
Tak sabar nak tunggu esok.

Nota kukukaki : Mr EP tegur kat facebook tadi. Rasa teruja! Ni dia baru kol cakap nak jumpa. Kebetulan dia hantar kawan dia kat area sini. Nak jumpa, tapi macam dah lewat la pulak. Esok aku kerja lagi. Aduh. Sayangnya~

menyampah dengan kau boleh tak?

Dah berapa banyak kali kau call aku tak angkat? Berapa banyak message kau aku tak reply? Kau tegur aku kat facebook pun pernah aku reply? (ada, tapi kadang-kadang dan jarang-jarang)

Kalau aku tak layan lansung cakap aku sombong. Nak cakap terus terang nanti ada pulak yang makan dalam. Aku pendam lama-lama aku jugak yang merana.


*harap aku ada keyakinan dan keberanian untuk buat begini pada dia. haha. 

Macam mana nak bagitahu kat seseorang tu kalau kita tak de feeling kat dia dan dah tak de hati langsung nak tengok muka dia bahkan kalau boleh tak nak tengok langsung nama dia muncul kat handphone mahupun ruang-ruang chatting di alam maya?

Aku rimas la dengan kau ni. Boleh tak kau pergi main jauh-jauh jangan ganggu ketenteraman hati aku lagi?

Aku dah tak tau nak buat apa lagi. Jenis orang tak faham bahasa tubuh betul lah. Patut cikgu kat sekolah buat kelas 'bahasa tubuh' atau nak lebih komersial sikit bunyinya 'body language' class. Satu jam untuk setiap minggu sudah memadai agar lelaki tahu bila perempuan kata

"saya benci awak!" sambil tumbuk dinding tapi tetap berdiri tegak di situ, itu maknanya dia benci-benci sayang.

Atau,

"saya benci awak!" sambil menghalakan muka ke tempat lain dan berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang, itu maknanya dia memang betul-betul benci. Ya, BETUL. Bukan tipu gedik-gedik manje gitu.


Oh, aku buntu :-$

penat tapi gembira

Semalam, mata aku melabuhkan tirainya dengan tiba-tiba. Tak pernah dalam history aku tidur awal begitu. Sampaikan bangun pagi aku tengok berderet message kt inbox, siap pakej dengan miskol semua aku tak layan. Mak penat la noks. Tolong lah faham. Kau pun satu, pukul 2, 3 pagi call nak harap aku jawab, kejadahnye kau? Tolonglah faham, aku kerja dan kerja aku memerlukan banyak tenaga. Makanya aku perlukan rehat yang cukup. Tolong jangan ganggu waktu tidur aku dengan panggilan yang tak penting, aku tak ada masa nak layan.

Mungkin kerana terlalu penat, aku cepat moody. Walaupun penat tapi aku gembira. Gembira kerana aku gembira dengan kerja yang aku lakukan. Gembira kerana aku gembira dengan semangat berpasukan yang mereka berikan.

Semalam mungkin terlalu penat, tetapi hari ini rileks sangat. Aku tidur dan berbaring-baring selama sejam pun sempat. Padahal waktu rehat yang diberikan untuk semua staff hanyalah selama empat puluh lima minit kosong saat.

baru seminggu bekerja, seluar aku dah longgar. Macam mana kalau sebulan? Setahun? Aduhh,,walaupun kerja ditempat yang penuh dengan makanan, tapi aku tak berjaya lagi untuk membesarkan badan.

Untung dapat kerja di situ =) Untung dapat kawan-kawan yang selalu beri motivasi dan galakan. Terima kasih kawan. Aku gembira.

aku rasa aku dah tak mampu

oh tuhan, tolong beri aku kekuatan untuk aku terus bertahan.

sumpah penat gila. badan aku sakit semua. mungkin sebab kena berkejaran, ditolak ke sana ke mari. angkat beban yang tak setimpal dengan kekuatan tubuh aku. mungkin sebab itu.

kau yang tak pernah tahu apa yang berlaku disebalik tabir sebuah tempat makan yang hebat tak kan pernah tahu apa yang aku rasa sekarang ni. tak kan pernah tahu macam mana penat dan jeliknya melihat karenah manusia yang berharta dan berpangkat. Manusia yang hanya pandang sebelah mata pada golongan bawahan seperti kami. Mereka cuma tahu, mereka bayar dengan mata wang yang lumayan, dan mereka haruslah dilayan.

bodoh ! tengok bola pun nak gaduh.

aku tak faham la dengan kera-kera yang tak reti tengok bola dengan beradab. kalau memang diorang tu kera tak pe la, aku faham, kera tak pi sekolah, ini manusia. manusia yang ada otak, tapi tak reti macam mana nak pakai, tak boleh fikir mana betul mana salah. manusia yang dah diajar untuk saling hormat menghormati. Kera yang duduk kat hutan tu pun tau nak hormat saeng-saeng demo. Ada ke sesiapa pernah dengar kera gaduh baling kulit pisang kat kera lain? Kalau ada meh story kat aku.


*notakuku: sapa kata perempuan duk dapur tak reti tengok bola?

Rayu

Disaat hati ku kosong.. 
Kaku, membeku.. 
Kau hadir memberi corak baru.. 
Tanpa malu dan ragu.. 
Kau cuba menawan hatiku.. 
Jenakamu.. Menghiasi hidupku..


Setelah diriku kau tawan, 
Kau biarkan, Kau lupakan, Kau tinggalkan, 
Tanpa sebarang kata, Tanpa sebarang berita, 
Tanpa sebarang pesan, Tanpa sebarang alasan.. 


Bagai kapal karam di lautan.. 
Aku seakan-akan hilang pedoman.. 
Ku tekad.. Untuk tidak percaya lagi.. 


Harapan meninggalkan angan-angan.. 
Angan-angan yang hanya akan melukakan. 
Tiada apa yg kau beri.. Selain sakit dihati.. 
Acap kali ku dipermainkan.. 


Moga hujan ini reda.. 
Membawa pergi segala derita.. 
Menghapus sekali segala duka.. 


Jangan menghindar dari ku.. 
Jangan pergi dari ku.. 
Jangan tinggalkan ku.. 
Jangan sakiti aku.. 
Jangan lukai aku.. 


Aku hanya wanita biasa.. 
Bisa tewas dengan cinta.. 
Terseksa.. Diri merana.. 


Usah kau bimbang jika ku menghilang.. 
Usah kau tanya mengapa ku menyepi.. 
Kerana kau yang buat aku jadi begini.. 


Bukan ku pinta harta di mata..
Cuma ku idam kasih dan manja.. 
Sayangi aku seadanya......


By,
NaFi




*notakuku : sedang aku belek-belek draft lama-lama, aku terjumpa ni dekat draft yang aku buat 2 tahun lepas. Masa ni tengah hati terluka kecewa diri merana. Nah kau! Tercipta sajak cinta meleset. Bila baca baik rasa macam, uhhh.

a new me =)

I've decided to re-open my blog to public, because i think i just can't stop my finger from typing and i love to express how and what i feel, i want to share it with you.




to those who have been following me and giving me support to continue blogging, thank you so much guys! 



kite kawan kan?

"kite kawan kan...walaupun masing-masing dah ada pasangan?"

terkedu lagi...pagi pagi buta dapat msg camtu....
apakah?
perlu ke tanya begitu?
hrmmmm...jap jap...nak fikir jap (?_?)

ape motif dye tanya aku macam tu?
konfius neh...
jujur aku cakap, memang aku still ade teringatkan dye lagi...
sayang tu,, ade la jugak sikit-sikit..

semoga awak bahagia

semalam ade kawan (yang masih pernah aku sayang) text aku..
"aku nak bgtau kau something...malu lak rase =) hihi..tempat kau dah ada org ganti, so tak yah la risau lagi ea"
aku hanya mampu tersenyum...dalam hati,.. -__-"
gembira bercampur sedih??
perlu ke aku sedih? aku dah ada kekasih hati sekarang..
baru aku tau macam mana dia rasa masa aku bagitau dia yang aku dah jadi milik org lain..
mesti hancur remuk berkecamuk muk muk...

dalam sedih sedih pun, aku tetap bajet cool...
"wah,,yeke..tahniah la ye..semoga berbahagia (masa taip ni dah bergenang air mate...)  akhirnye, dapat gak awek kan...gembira la tu..huhu"
tapp tapp...terus menitis..tanpa boleh dikawal lagi...
nasib baik masa tu tengah on call dengan kekasih hati....kalau tak,,mau meraung aku kat situ...

kenapa ye...kenape susah sangat kite nak terima kenyataan ?
sebab kenyataan tu menyakitkan.........