pisang bertelur

maaf tiada gambar untuk tatapan anda.

Dulu sebelum start praktikal, aku ada penyakit tak boleh tengok matahari (err, sebenarnya penyakit aku tak boleh tidur malam, bak kate omputeh, yang deme dok panggil insomnia tu haa) so,setiap malam aku akan terjah dapur cari apa yang ada untuk dimasak. Kebetulan masa tu baru balik dari kampung, maka kami borong bertandan-tandan pisang sampai hari-hari menu utama adalah pisang. Pagi-pagi buat lempeng pisang. Tengah hari masak gulai taruk pisang. Petang pula buat cekodok pisang. Malam mengunyah kerepek pisang sambil tengok drama. Memang muka pisang memanjang yang kami nampak.


Imej : Ihsan dari mr Google

Ok dah, melalut pulak. Memandangkan hanya pisang saje yang ada pada malam itu, maka aku dengan perut yang lapar pun terfikirkan satu resipi yang tak tau enak tahap apa ini.

 Ni resipi roti telur pisang goreng aku nak share pada korang :

- 2 keping roti pullman (roti biasa yang kaler putih orang selalu buat sandwich tu)

- 1 sikat biji pisang emas dibawa belayar (boleh guna pisang lain yang sedap dimakan juga)

- gula pasir secubit (cubit-cubit sayang je, nak bagi rasa manis tak manis sangat sebab pisang tu sendiri sudah ada manisnya)

- 1 biji telur ayam yang dipukul tanpa belas kasihan sehingga berbuih

- minyak yang agak banyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat:

1. Ambil roti, dua keping atau lebih pun boleh, lenyek sampai dia leper. Kalau tak de penggelek, guna tangan picit-picit pun ok jugak, nak lagi cepat penyek, guna siku atau lutut, janji dia penyek.

2. Hiris nipis pisang dan susun di atas roti yang telah dipenyekan tadi.

3. Taburkan gula dan lapiskan sekeping lagi roti, macam nak buat sandwich.

4. Potong roti menjadi 4 bahagian.

5. Rendamkan bahagian tadi didalam telur sehingga semua bahagian disaluti telur.

6. Goreng sehingga kekuningan. 

7. Dah siap! Makan dengan pelahap seolah-olah makanan itu sedap sangat supaya orang lain tengok dan rasa nak makan sama. Sharing is caring.

Notakukukaki : resipi yang aku bagi ni hidangan untuk satu perut sahaja.