cinta tepuk amai-amai

Kali ni nak cerita pasal bekas kekasih-gelap-yang-ku-tepuk-sebelah-tangan pulak.

Ceritanya bermula 3 tahun lepas.  Eh, yeke 3 tahun lepas? Tak bape nak ingat. Tapi assume jela 3 tahun lepas. Malas pulak aku nak bukak kamus cinta karat aku yang dah berhabuk tu.

Cinta kali ni memang cinta mati gila. Memang cinta serius gila.

Aku kenal dia secara tak sengaja. Mula-mula berjumpa, memang tak ada rasa apa. Mungkin dia bukan aku punya citarasa. Masa tu aku punya citarasa tinggi gila. Nak pandang yang handsome kacak bergaya. Si dia, biasa-biasa saja.

Benar apa orang kata, tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal macam celaka.

Seronok berkawan dengan dia. Hari-hari berbalas pesanan. Tapi tak sekali pun dia buat panggilan. Malu katanya. Tak tau nak cakap apa. Apa yang dimalukan pun aku tak tau. Itu yang membuatkan dia istimewa. Dia selalu buat aku ketawa. Dia selalu buat aku gembira.

Tak sangka, aku boleh jatuh cinta sebegitu rupa. Itulah kali pertama aku rasa hati aku terpaut pada seorang jejaka.

#Iklan tak berbayar : Eh, kenapa skema sangat ayat aku. Rasa geli-geli pulak bila baca. Tak kisah la, siapa yang rasa tak tahan boleh teruskan ke butang 'X' di atas belah kanan dan tekan.

Hampir setahun aku tunggu. Aku tunggu kata putus dari dia. Apa sebenarnya yang ada dalam hati dia. Kalau benar dia sayang, luahkan. Kalau tidak, luahkan jugak. Aku tak nak tergantung tanpa tali dipokok cili belakang rumah pak ali. (Pak ali jugak yang dapat nama)



Akhirnya, berakhir. Ok. Dah, Bye!

teringat bekas kekasih

Pernah jatuh cinta, banyak kali. Pernah buat orang jatuh cinta, juga banyak kali. Bercinta? Cuma sekali, setakat ini.

Sepanjang aku hidup dimuka bumi, banyak kali jugak aku couple, biasa lah cinta beruk monyet. Tapi dalam banyak-banyak tu sorang pun aku tak pernah jumpa masa aku couple dengan mereka. Percaya tak? Tak caye sudah la.

Dulu aku couple sebab suka-suka. Tengok orang lain couple, aku pun nak jugak. Aku aktif chatting cari jantan baru. Kalau ingat balik zaman dulu-dulu, memalukan babe! Aku couple dulu kire macam couple alam maya je la. Online dating, bak kata orang putih. Sebab tu bila ada orang tanya aku pernah couple ke tak, aku jawab tak. Sebab aku tak cinta pun pada mereka. Aku couple sebab terpaksa. Sebab ada orang ajak couple, aku couple jela. Budak baru nak up kan.

Masa kat matrik dulu, aku pernah gak couple dengan kawan sekelas aku. Tapi masa kitorang couple tu, dia dah pindah masuk universiti. Kitorang couple tak lama pun. Ada la dalam 2 minggu macam tu. Nak dating pun tak sempat. Haha. Sekarang aku tak tau la mana pergi ex aku tu. Dah lost contact terus.

Bila dah dewasa sikit, aku teringin juga nak rasa menyayangi dan disayangi oleh insan yang bernama lelaki. (Cewah,ayat tak menahan)

Bila dah masuk unibersiti, aku kenal ramai lelaki. Macam-macam jenis yang aku jumpa. Tapi semua tak menepati citarasa. Hingga lah aku dikenalkan kepada seorang jejaka. Pertama kali aku nampak dia, terus rasa suka. Entah macam mana, tiba-tiba kami bersama. Mungkin itu lah jodoh namanya.

Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di subuh hari. Baru beberapa purnama kami berkongsi tali kasih, pappppp! terputus di tengah jalan.

Oh, itu kisah cinta pertamaku.

Dan kisah itu sudah aku sisipkan dalam kamus cinta karat. Penamatnya sudah aku temui mungkin. Semoga cinta pertamaku hidup tenang disana. Maksud aku, dimana saja dia berada.



notakukukaki : gambar cinta pertama masih elok tersusun rapi dalam simpanan =)

definisi cinta jiwang karak highway

Pada aku, cinta hanyalah satu perkataan yang diciptakan oleh manusia bagi melambangkan rasa yang terbuku di dalam hati. 

Rasa kasih, rasa sayang, rasa suka, rasa perlu, rasa percaya, rasa setia dan sebangainya.
Setiap manusia mempunyai persepsi masing-masing tentang cinta. 
Cinta mengajar kita erti kehidupan.
 Cinta mengajar kita erti sabar. 
Cinta mengajar kita erti pengorbanan. 
Cinta itu indah. Cinta itu sejati. Cinta itu abadi.

Cinta pada tuhan. Cinta paling abadi dan yang tertinggi.
Cinta pada ibubapa. Mungkin tak akan mengecewakan sesiapa.
Cinta pada sahabat. Amat besar definisinya.
Cinta pada diri sendiri. Cinta pertama yang harus wujud dalam diri setiap manusia. 
Jika tidak cinta kepada diri, maka tidak akan wujud rasa cinta kepada sahabat, ibubapa dan yang paling utama, tuhan yang maha esa.