cinta tepuk amai-amai

Kali ni nak cerita pasal bekas kekasih-gelap-yang-ku-tepuk-sebelah-tangan pulak.

Ceritanya bermula 3 tahun lepas.  Eh, yeke 3 tahun lepas? Tak bape nak ingat. Tapi assume jela 3 tahun lepas. Malas pulak aku nak bukak kamus cinta karat aku yang dah berhabuk tu.

Cinta kali ni memang cinta mati gila. Memang cinta serius gila.

Aku kenal dia secara tak sengaja. Mula-mula berjumpa, memang tak ada rasa apa. Mungkin dia bukan aku punya citarasa. Masa tu aku punya citarasa tinggi gila. Nak pandang yang handsome kacak bergaya. Si dia, biasa-biasa saja.

Benar apa orang kata, tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal macam celaka.

Seronok berkawan dengan dia. Hari-hari berbalas pesanan. Tapi tak sekali pun dia buat panggilan. Malu katanya. Tak tau nak cakap apa. Apa yang dimalukan pun aku tak tau. Itu yang membuatkan dia istimewa. Dia selalu buat aku ketawa. Dia selalu buat aku gembira.

Tak sangka, aku boleh jatuh cinta sebegitu rupa. Itulah kali pertama aku rasa hati aku terpaut pada seorang jejaka.

#Iklan tak berbayar : Eh, kenapa skema sangat ayat aku. Rasa geli-geli pulak bila baca. Tak kisah la, siapa yang rasa tak tahan boleh teruskan ke butang 'X' di atas belah kanan dan tekan.

Hampir setahun aku tunggu. Aku tunggu kata putus dari dia. Apa sebenarnya yang ada dalam hati dia. Kalau benar dia sayang, luahkan. Kalau tidak, luahkan jugak. Aku tak nak tergantung tanpa tali dipokok cili belakang rumah pak ali. (Pak ali jugak yang dapat nama)



Akhirnya, berakhir. Ok. Dah, Bye!

No comments: