kecik2

Aku nak kembali ke zaman aku kecik-kecik.

Masa zaman sekolah dulu, aku memang tak ada langsung kawan lelaki. Langsung. Yes, langsung tak ada. Sekolah rendah, sekolah menengah semua kat sekolah perempuan.

 Masa tadika dulu pun aku tak kawan sangat dengan lelaki sebab aku ni pemalu. Ade la jugak aku minat sorang budak laki ni masa kat tadika dulu. Dia tua setahun dari aku. Kire mase tu aku umur lima tahun, dia dah enam tahun la.

Aku paling suka bila time rehat. Sebab time tu kitorang boleh pegi main kat taman. Masa tu la aku dapat usha budak laki yang aku minat tu. Kalau nampak dia nak pegi main slide, aku cepat-cepat follow, beratur belakang dia, dengan harapan dia tegur aku. Pastu kalau dia pergi main buaian pulak, aku ikut jugak walaupun masa tu buaian dah penuh. Aku buat-buat la macam aku tunggu turn sambil pusing-pusing kat tiang buaian buat tarian tiang dengan harapan dia pandang. Lepas dia dah bosan main buai, dia pergi main gayut-gayut pulak. Ape nama benda gayut-gayut tu, spider web ke apetah. Nampak dia panjat punya lah tinggi, aku pun konon-konon nak tunjuk kental, panjat jugak. Tapi sampai separuh je sebab aku gayat. Dapat tengok dia dari bawah pun jadi lah. Then, loceng berbunyi.

Semua orang kelam kabut lari lari beratur tepi kelas. Pastu aku baru teringat yang aku lupe nak makan makanan yang mak aku bekalkan pagi tadi. Masuk je dalam kelas aku terus cek drawer aku cari Tupperware gambar kartun aku. Sekali tak ada pulak. Jenuh la aku tawaf satu kelas tu cari Tupperware aku, takot nanti mak marah bile mak tau Tupperware tu hilang kat sekolah. Sedang aku mencari tiba-tiba aku ternampak sorang budak laki kelas aku tengah pegang Tupperware sebijik macam aku punya. Aku pun apa lagi, pegi la serang budak tu. Mula-mula dia tak nak pulangkan, pastu cikgu datang baru dia bagi balik Tupperware tu kat aku sambil gelak mengilai ngilai. Aku pun buka la Tupperware tu konon nak makan, sekali tengok, kosong! Habis makanan aku ditibai dengan budak tu. Kurang asam betol. Aku tak berani buat apa-apa sebab masa tu aku ni penakut, budak tu pulak memang suka buli orang. So aku diam jela. Tahan lapar sampai tengah hari. Hah, amek kau! Padan muka. Masa rehat orang suruh pergi makan aku pergi main kat taman. Gatal sangat. Haha.

 Oh, berbalik kepada cerita budak laki yang aku minat tu, sampai sudah aku tak tau dia tu sapa sebab dia tak pernah tegur aku pun. Penat je aku duk follow dia hari-hari. Tau la aku tak comel masa tu. Dah la hitam, comot, pendek pulak tu. Pandang sebelah mata pun dia tak mahu.

Sekian saja kisah sedih masa kecik-kecik aku. TAMMAT.


No comments: