tahun baru tapi cerita tetap lama

Berada di ketinggian 1500kaki dari paras laut, dengan berseluar jeans dan t-shirt pendek, terasa seperti ada yg mencuit-cuit urat saraf, sejuk. Malam tahun baru, tenang juga berada di situ. jauh dari hiruk piruk kota. 

Singgah sebentar d kedai serbaneka, panas. Jimat elektrik kalau buka kedai malam-malam disini, tak perlu penghawa dingin mahupun kipas angin, udara d luar sudah cukup buat diri menggigil. Melangkah terus ke bahagian belakang kedai, sambil mata memerhati satu susuk tubuh. "Amoi cantik". Getus suara hati. Sibuk mencari minuman yg dipesan juga untuk diri sendiri,tiba-tiba terlihat satu lagi susuk lelaki di tepi. "Handsome mamat ni,putih". Juga datang dari suara hati. Dua susuk tadi berada di sebelah aku, menatap peti paling hujung belah kiri. 

"Cukup tak duit u?" sambil si lelaki sibuk mencari sesuatu di peti. Pelik.

Aku pandang mereka. 'Lah,melayu rupanya'. Itu belum cukup buat aku pelik,ada yg lagi pelik. Air apa yg mahal sangat sampai tak cukup duit nak beli. Naik sampai ke sini tak kan nak beli air tin pun tak cukup duit? Ape ke sengkek sangat mamat ni. Harap muka je ensem. haha. 

Sengaja aku usha mereka. Si perempuan buat muka slumber. Yang lelaki sibuk ke sini sana. "Ambik skali air 100 plus" kata lelaki. "Kat rumah kan dah ada" Lagak seperti suami isteri bunyinya. Aku biarkan. Teruskan dengan agenda aku,mencari sesuatu buat kunyahan.

Sayup-sayup dari kaunter aku terdengar sesuatu yg mengujakan!

"Ni Islam ke tak? Kalau Islam tak boleh beli"

Cepat-cepat aku toleh ke arah mereka. Saje nak melihat reaksi pasangan sama cantik sama padan tu. Masing-masing tercengang. Jari ditundung ke arah luar kedai. Mungkin memberi penerangan kononnya ada kawan mereka yg 'bukan Islam' menunggu di luar. 

Akhirnya akak melayu di kaunter itu mengalah. Di scan nya 4 botol hijau yg dingin, bersama 2 kotak dunhill dan sebotol 100 plus. RM 72.80 tertera di skrin. Mereka bayar dan terus melangkah keluar. 

Aku senyum kepada akak kaunter. Selesai.