cuak syal !

Aku tak pernah jarang rasa cuak macam ni. Nak check result punya pasal lah ni.
 Macam ayam berak kapur aku jadinya. 



Tepat pukul 12.00 a.m. berdesuppp aku buka email aku. Check inbox, tak ada. Check spam, pun tak ada. Berapa kali aku refresh email. Tak jugak muncul-muncul. Aku panas hati. Capai tuala, terus pegi mandi kasi sejuk sikit anggota dalaman.



Masa tengah mandi tu aku duk fikir la, macam mana kalau result aku teruk.
Teruk sangat-sangat. Macam mana kalau aku kena dismiss ? Apa aku nak cakap kat mak ayah aku. Aku rasa macam aku tak nak bagitau pasal result kat diorang. Apa aku nak buat? Nak cari  kerja? Lepas tu pura-pura macam tak ada apa berlaku depan mak ayah aku? (FYI, mak ayah aku jenis tak amik tau sangat pasal hal pelajaran aku,so bab-bab result dan segala benda semua aku settle sendiri. Memang aku disuruh berdikari. Cuma duit makan minum tu diorang support la)



Lepas mandi lala lala, dah sejuk dah wangi, aku try lagi check. Still,tak ada jugak. Dah nyaris nak fed up, tapi aku cuba jugak. Refresh sampai berapa puluh kali pun aku tak tau. At last, dangg! Ada satu email dekat inbox. Berdebarnye rase masa nak bukak tu. Pejam mata konon2 macam tengok cerita hantu.



Aku nekad (bukan naked) , apa nak jadi, jadi lah. Pelan-pelan aku scroll email yang aku dapat. Mata aku memang focus part last kat table tu. Perkataan "LU" (lu shut up,hee) Aku tak amek port pasal yang lain. Dari atas ke bawah dan "Alhamdulillah" aku LULUS ! Perasaan masa tu tok sah (baca: tak usah) nak kata lah. Aku malas nak describe. Tapi aku lega. Lega sangat-sangat. Terima kasih ya Allah. Kau masih beri aku peluang untuk teruskan perjalanan ini.



Semoga semester yang akan datang aku dapat usaha dengan lebih dan lebih dan lebih lagi. Aku akan motivate diri sendiri berpandukan azam dan cita-cita. Sebab selama ni aku cuma hidup mengikut arus (just go with the flow). Apa yang ada aku tempuh selagi aku mampu. Aku langsung tak ada effort untuk baiki diri. Aku pandang enteng kepada semua benda. Pada aku, kalau ada rezeki ada lah. Usaha tu memang tak ada. Kali ni,aku nekad, bukan naked, aku kena dapatkan keputusan yang cemerlang !

No comments: