Chocolate Moist Confirm Menjadi

Aku ni memang suka baking. Masak benda lain aku kurang gemar sikit. Lagi-lagi masakan melayu. Kalau bawak pergi rumah bakal mertua suruh aku masak lauk pauk melayu, memang fail lah jawabnya. Confirm bakal mak mertua suruh clash terus dengan anak dia time tu juga. Untung kalau dapat bakal mertua yang tekak western, boleh lagi la kawtim rasanya. Setakat masak pasta, lasagna, pizza, lamb chop, chicken chop, steak tu  insyaallah lepas kot.

Kali ni aku nak share resipi kek yang confirm jadi punya kalau sesiapa buat. Tak kira lah korang masih noob dalam arena baking membaking ni atau dah pro (tapi rasanya yang pro tak pandang kot resipi easy pizy macam ni) Satu tips untuk yang baru belajar nak buat kek, try buat kek yang guna kaedah kukus dulu. Aku pasti 95% akan berjaya menghasilkan satu kek yang boleh dibanggakan. Nanti time raya boleh tayang kat kengkawan kek korang yang sedap amat tu. 

Dah banyak kali aku cuba resipi kek coklat kukus ni dan semua orang suka. Aku dapat resipi daripada internet, tapi aku lupa nak save link. Mohon ampun maaf dipinta. Tapi rasanya dapat dari MyR. Cuba try tengok kat sana. Ada banyak resipi.
This is mine. It turned out to be so so so so damn moist. Letak dalam peti ais kasi sejuk dulu,bila makan dia cair dalam mulut.


Chocolate Moist yang tersangat MOIST



Okay dah cukup mengarut,nah ni resipi Chocolate Moist:
Bahan-bahan :

* Minyak masak                                      100g
* Susu cair (setengah tin)                          125g
* Susu pekat (setengah tin)                       125g
* Serbuk koko                                         50g
   Telur                                                     #2
   Tepung gandum                                     75g
   Gula castor                                            100g
   Bicarbonate soda                                   1/2tsp
   Baking powder                                      1/2tsp
   Vanilla essence (tak de pun tak pe)         1tsp

Cara-cara:

1. Dalam periuk sederhana besar, masukkan susu cair, minyak masak, susu pekat dan vanilla essence, panaskan dengan api kecil (Jangan sampai mendidih). Bila dah rasa suam-suam sikit tu, boleh masukkan serbuk koko sedikit demi sedikit,gaul guna wire whisk untuk elak daripada berketul. Bila semua dah sebati,padamkan api.

2. Pukul telur dalam bekas lain sampai berbuih dan campakkan telur (telur je,bekasnya tak perlu) ke dalam periuk tadi. Sebelum tu, PASTIKAN adunan * tadi dah sejuk atau suam-suam ibu jari dulu. Jangan masukkan telur masa adunan masih panas nanti telur tu masak,jadi berketul. Faham?

3. Sementara tu,boleh lah panaskan air untuk mengukus. Tunggu sampai air menggelegak,then boleh kecilkan api.

4. Dalam bekas lain, ayakkan gula castor, tepung gandum, bicarbonate soda dan baking powder. Kemudian, tuangkan ke dalam adunan * tadi. Tuang sedikit demi sedikit (agak-agak dalam 3 kali tuang) dan kacau guna wire wisk. Kalau tak de wire whisk, guna sudip biasa pun boleh,tak de hal.

wire whisk dan sudip *imej dicuri dari google*


5. Tuangkan adunan ke dalam bekas dan kukus dalam 1 jam. Nak bakar pun boleh (170 Celsius, 40-45 minit) 


Tips :

1. Pastikan api kecil masa panaskan bahan * dan jangan masak terlalu lama dan sentiasa kacau,jangan dibiar adunan memanas sendiri sebab nanti dia akan hangus dan menimbulkan bau tak best pada kek. First time aku buat kek ni dulu, aku tibai pakai api besar, lepas tu aku biarkan dia sampai menggelegak. Hasilnya, telan lah kau kek berbau seperti bontot kuali,siap ada extra flavor, rasa pahit-pahit kelat sikit. hehe.

2. Semasa mengukus, pastikan api sederhana, jangan terlalu besar sebab nanti kek akan jadi merekah dan api yang terlalu kecil pula boleh menyebabkan kek bantat. 

3. Lapik penutup pengukus dengan kain supaya air dari penutup tak menitis atas kek dan menghasilkan kek yang tidak enak rupa. 

3. Lebih elok kalau guna bekas casserol, pyrex atau aluminium untuk mengukus. Nak guna bekas plastik pun boleh cuma kurang digalakkan sebab ada sesetengah bekas plastik akan keluarkan sejenis asid yang dipanggil Dioxion yang merbahaya bila digunakan pada suhu yang tinggi.

Nota: Adunan ni untuk loyang kecik je, kalau agak nak buat banyak boleh double the amount.

3 comments:

Muhammad Zaid bin Zahri said...

salam
bukan ke telur perlu kembang bukan berbuih????

na.fi said...

salam
yang ni tak perlu sampai kembang sangat,pukul sampai keluar buih je,nak bagi dia spread evenly dalam batter tu nnt

Muhammad Zaid bin Zahri said...

oooo
tp lebih bagus bg kembangkan
nnt gebu la sikit kek tu