Dasar jantan !

Sudah-sudah la tu nak game perempuan. Kau rasa bahagia ke buat macam tu? Kau tackle perempuan tu, kau pujuk rayu sampai dia cair, bila kau dapat apa yang kau nak, atau kau tak dapat apa yang kau nak, kau dah bosan, kau tinggalkan dia macam tu je. Kau buat dia macam sampah. Macam tak pernah wujud dalam hidup kau. Kau tak pernah fikir perasaan orang lain? Kau cuma fikir keseronokan sementara yang kau dapat tu.

Kau pernah dengar perkataan 'karma'? Kau tau apa maksud 'karma'? Kita hidup kat dunia ni tak lama mana pun. Kalau rezeki kau dapat hidup lama sikit, dapat kawen ada anak bini nanti, benda yang sama kau buat kat orang lain, kena balik kat anak bini kau, agak-agak kau suka ke kau gembira? Fikir-fikirkan la. Adios!

No comments: