i'm getting married! hee huu~



Naah, its just my dream anyway. Hehe. Tipu lah kalau kata korang tak pernah mimpi kawen. Paling tak pun, mesti pernah terlintas sekejap dalam hati tu, angan-angan nak jadi suami atau isteri orang.

Dah,malas nak cakap banyak. Ni aku cuma nak meluahkan niat dihati je. Lepas tengok video kawen kat youtube, jiwa rasa menggelodak nak kawen juga. Biasa la pompuan.

Tengok video kawen Nabil Rajalawak, comel sangat, nak nikah pun sempat gelak sakan wat lawak semua, tok kadi dia pun sempoi habis, best! Nak laki macam tu jugak la boleh? hihi,ok gatai !

Bagi aku, masa bertunang nanti tak payah buat majlis besar-besaran sangat nak ada pelamin bagai, cukup lah sekadar hantaran dan cincin disamping family terdekat dan kawan-kawan rapat. Lagipun tunang je baru, kawen nye belum tentu.

Kalau boleh, ni kalau boleh la, tak paksa, tak rancang. Nak bertunang sekejap je. Aku tak nak berdarah manis lama-lama. Sebelum nikah tu kan ada merisik dan bertunang, time merisik tu dah boleh bincang pasal nikah terus kot. Ke tak boleh? Ah,aku kurang pasti pulak pasal benda tu.

Wang hantaran, mas kawin semua tu aku serahkan kepada mak ayah aku. Aku tak nak masuk campur. Yang penting hantaran nanti aku nak homemade. Nak buat sendiri. Itupun kalau ada masa lah nak buat. Tapi aku cuba, aku nak semua dari hasil tangan aku sendiri. Tak nak tempah dari orang lain. Mampu?

Tengok kepada trend sekarang,orang bagi hantaran kemain gempak lagi, dengan gadget mahal-mahal, perfume and make up set yang beribu ringgit, jam tangan pun tak nak kalah harganya. Ah, tak kisah la tu semua, diorang mampu, duit deme lantok deme ler nak gune. Aku tak kisah sangat bab hantaran tu, janji kau mampu dan ikhlas memberi. Gittew~
Kalau boleh nak buat hantaran dengan hasil titik peluh aku. Siap berangan nanti hantaran aku banyak makanan dari bendaan. Hehe. Aku nak buat cupcakes comel-comel. Sebiji kek yang amazing. Macarons yang menawan, nak buat macam croqembouch. Then chocolate homemade. Okay, dah ada 4 dulang, yang lain nanti akan difikirkan. 

Macarons image from Google


Tiba saat yang ditunggu-tunggu. *dup dap dup dap*
Majlis pernikahan. Lepas sah akad kena batal air sembahyang kan? Kena sarung cincin sume tu kan? Aku harap , itu lah kali pertama aku disentuh oleh suami aku. Aku tau aku bukan lah baik , muslimah sangat. Tipu la kalau aku kata aku tak pernah bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim. Tersentuh kulit tu memang dah biasa. Yela, aku ni aurat pun tak tertutup rapat, makanya kebarangkalian untuk kulit tersentuh kulit itu makin tinggi. Lain lah kalau aku bertudung litup, tubuh diselubung sempurna, itu lain. Cuma apa yang aku nak sampaikan di sini, aku nak lelaki yang bakal aku kahwini itu nanti tak akan berani sentuh aku , hormati aku sebagai seorang wanita, bukan betina.

Batal air sembahyang kena sarung cincin, salam cium tangan. Lepas tu ada scene cium-cium dahi kan? Aku harap itu ciuman pertama kami. Biar jadi yang pertama dan termanis. Tapi aku rasa part cium-cium ni tok sah (baca: tak usah) duk tunjuk kat orang kot. Nak buat boleh,tapi biar tertutup. Hanya family je ada masa tu. Bukan budaya kita,i mean Islam bukan begitu.



Door gift; kalau dulu orang beri bunga telur dengan gula-gula. Sekarang dah tak main la tu semua. Aku ada gak aku usha door gift yang comel dan kreatif. Ada yang buat macam pouch beg guna kain, ada yg buat guna kertas yang selalu org bungkus waffle tu, macam-macam. Kalau aku,aku nk bg sesuatu yg orang tak kan buang. Kalau nak buang pun nk bagi orang tu rasa macam "alahai,sayangnye nak buang benda ni,tak jadi lah buang" *simpan balik dalam lemari* Haa gitu kekdohnye. Maybe boleh bagi macam handkerchief, tp tak nak la yg biasa org bg tu, aku nk wat guna kain satin,then ada nama aku dgn husband kt atas tu,alolo sweetnye. Tak pun bagi chopstick ke, haa ok gak kan. Tapi apa signifikasinya bagi chopstick? Tak pe, kengkonon 1 Malaysia la kan. Haha. Or maybe boleh bagi makanan je kot, macam mini cupcakes ke cookies ke chocolate ke. Nak lagi unik, bagi buah-buahan. Pernah dibuat dek orang bagi rambutan untuk door gift? Aku nak cubalah. Hahaha.


Goody Bags yang cute dari Oldblossom

To my future husband, mohon buat ini sebagai rujukan. That's all. Thank you. =)

No comments: