Sahur Terakhir

Tajuk nak acah-acah saspen je kan. Padahal baru first day Ramadhan.

Alhamdulillah tahun ni insyaallah dapat puasa sepenuhnya dekat rumah, dengan family, tu paling penting. Aku semangat ni nak cerita kisah dulu-dulu masa duduk kolej. Memang selalu kena time puasa je ada kelas. Paling legend, sahur makan meggi. Biasa la,student kolej. Malas nak turun pegi cafe,sanggup telan ape yang ada. Tapi paling sadis bila lauk yang dibeli masa berbuka, simpan elok-elok untuk sahur, tiba time nak makan tengok lauk tu dah semacam, bau pun dah dua macam. Perghh sedih sial sangat. Nak tak nak terpaksa makan nasi kosong. Untung ada roomate yang baik hati, hulur la lauk diorang sikit sorang. Yang paling best kalau duduk kolej, ada geng yang tak puasa. Biasa la perempuan susah nak dapat puasa penuh. Ada hari-hari cuti rasmi. Apa lagi, time orang semua pegi kelas, kita nyorok-nyorok pegi toilet, isi air dalam water heater, lari laju-laju masuk bilik masak meggi, makan sama-sama.

Tahun lepas,kena puasa masa praktikal. Aku rasa puasa lepas adalah paling teruk sepanjang hidup. Sudah lah bekerja dikelilingi makanan yang lavish. Orang-orang yang mengelilingi pun boleh tahan babish jugak. Tak kire besar kecik tua muda semua pakat tak puasa, slumber derk je makan depan orang. Aku yang lemah iman ni pun apa lagi,terikut-ikut lah gaya mereka. Paling tak tahan, ada satu hari ni, beriye bangun sahur dah makan apa semua, kebetulan mak buat cempedak goreng pagi tu, favorite dish aku pulak. Aku pun siap-siap la tapau bawak pegi kerja konon nya untuk berbuka. Aku kerja shift petang masa tu. Tapau letak dalam plastik je, masa dalam kereta aku letak kat seat sebelah, tengah hari masa tu, panas. Maka keluar lah wap-wap beserta bau harum semerbak cempedak tu. Punya lah lemah iman, aku pegi tibai makan dalam kereta. Nak pulak jalan kat Putrajaya tak banyak kereta, lengang je. Naif sungguh aku waktu tu. Sampai kat tempat kerja, port lepak paling kegemaran adalah dalam walk-in chiller. Heaven gile kot tempat tu. Sudah la sejuk, dipenuhi dengan makanan pulak. Fuhhh. Terbaek baq ang.

Itu cerita lama. Mohon tahun ni dapat menahan diri dari digoda syaitonnirrojim dan dapat puasa penuh. Amin.

3 comments:

Muhammad Zaid bin Zahri said...
This comment has been removed by the author.
Muhammad Zaid bin Zahri said...

bukan syaitonnirrojim la
isk3
nafsu diri sendiri la

Anonymous said...

Wah! tak nak kalah mkn cmpedak goreng dlm kete.. konfem kantoi la kalau org lain masuk dlm kete tu.. haha...