'Arwah' Baik Budaknye


Merdeka!
Thank you sebab sudi tunaikan hasrat I nak pegi Tugu Negara. Kesian kan. Lame gila rasa jadi rakyat Malaysia, dah tua, tapi tak pernah pegi Tugu Negara. Oh,anyway back to the topic. Kita sekarang nak bercerita tentang 'arwah'nya. Antara makhluk Tuhan yang paling aku sayang. 

Tak tak *geleng kepala* bukan nak bercerita pasal orang ataupun manusia. Ini pasal ikan laga. Haha.
Introducing to you, my super duper ever stunning macho and handsome ikan laga --- > NAMI


Sewaktu zaman kegemilangan ia
Ni first time dalam hidup aku bela haiwan. Selama ni aku tak pernah, tak nak dan tak ada keinginan langsung nak bela haiwan. Kat rumah ni kalau ada adik-adik bela kucing ke arnab ke,aku pandang sebelah mata je. Ayah pun rajin bela ikan,aku tak amek port. Tapi sejak dua menjak kebelakangan ni,naluri keibuan aku makin menyerlah (okay,boleh muntah,sila sila). Maka aku suarakan keinginan aku kepada "somebody that i used to know" yang aku suka tengok ikan laga, tapi tak pernah bela. Masa tu aku cuma cakap je,tak sangka pulak dia take it seriously. Dua tiga hari lepas tu, that "somebody that I used to know" mms me this pic:

Kecik lagi masa ni

I was so excited and happy sampai rasa macam nak nangis. Tak sangka dia belikan betul-betul. Dapat full set siap dengan balang, batu warna-warni, rumpai tiruan, makanan ikan dengan ubat yang kaler biru tu. Itu adalah ikan dan haiwan pertama yang aku bela. Memang tak ada experience langsung bela ikan sebelum ni. Tapi orang kata bela ikan laga ni senang. Senang tak senang jugak sebenarnya. Kena selalu perhati tanda-tanda penyakit dia. Air kalau boleh tukar seminggu sekali. Bagi makanan dia jangan banyak sangat, just 5-10 biji sehari dah cukup. Then yang paling paling penting,kita kena jaga dia dengan ikhlas dan jangan lupa bagi kasih sayang yang sekucupnya.

Salah aku sebab ada satu ketika ni,aku terabaikan dia. Masa tu tengah jiwa kacau. Kebetulan cuti sem,aku malas nak bawak balik rumah, so aku tinggal Nami kat rumah sewa selama seminggu. Tapi ada housemate yang tak balik cuti, so aku mintak tolong diorang jagakan. Balik dari cuti tu aku tengok Nami still okay. Masih segar. So aku biarkan aje la. Aku tak tukar air dia. Ada la dalam 2 minggu macam tu,bila mood dah stabil baru tergerak hati nak tukar air. Lepas daripada tu aku perhati Nami dah macam lain macam. Dia dah tak aktif lagi. Bagi makan pun dia buat donno je. Selalunya kalau bagi makan, laju je dia sambar. Aku syak dia merajuk dengan aku sebab aku dah abaikan dia. Aku main-main dengan dia pun dia buat tak tau je. Memang betul merajuk lah cerita dia. Aku dah mula risau. Aku usha tengok body dia okay tapi mata dia merah. Tak lama lepas tu, aku detect kulit dia macam menggelupas sikit. Aku ingatkan dia nak tukar kulit ke ape. So aku watlek watcool aje la. Lama-lama tengok makin besar, sampai la macam dah nampak isi dia,ada merah-merah macam luka. Kesian. Sumpah kesian.


Masa ni dah nyawa-nyawa ikan laga
Nami pun dah lemah. Berenang menegak. Kadang-kadang terhuyung hayang (Err macam tak kena je perkataan ni,lantak lah ek) Kadang-kadang macam tak cukup oxygen. Tercungap-cungap aje aku tengok.

Sejak daripada tu,aku kerap tukar air dia. Dalam 2-3 hari sekali. Sebab kalau tak tukar, air dia berbau busuk. Hanyir. So nak tak nak kena tukar jugak. Aku ade google search pasal penyakit dia ni. Kalau nak ubatkan kena guna daun apetah tak ingat pulak nama. Tapi ade la satu daun tu. Rare jugak, nak cari pun ada kawasan tertentu je tumbuh. So tak dapat nak buat apa. Aku redha.


Tunggu masa je

Sedih sangat. Sudah la "somebody that i used to know" dah dump aku. Nami pun nak tinggalkan aku. Tetibe rase macam hilang tempat mengadu. Memang selalu aku mengadu apa-apa kat Nami. Celik mata je aku kejut Nami dulu,bagi dia makan baru aku makan. Sebelum tidur pun wish goodnite kat dia, bagi dia supper sikit, kiss-kiss sikit then baru tidur. Aku tak dapat bayangkan hidup aku kalau Nami tak ada.

24 Mei 2012, aku bangun daripada tidur, macam biasa, terus terkam Nami, nak bermanja la konon nye. Dari jauh aku dah jerit "Nami...good morning!" Bila aku datang dekat, aku tengok Nami dah tak bergerak. Aku ketuk-ketuk balang pun still. . . nothing. Hampa, bergenang air mata.

Macam ni la keadaan masa aku jumpa mayat ia


Lepas Nami mati, aku rasa macam, alahai. Entah tak tau macam mana nak describe. Yang penting sampai sekarang aku still tak jumpa pengganti Nami. Masih mencari.

3 comments:

azuha rahimi said...

takziah...


*garu2 kepala....mcm mane la kalu ko ade ank 6t..=.='

na.fi said...

kalau aku ade anak,kompem anak aku sewel cm aku jugak. hahaha.

Anonymous said...

ape lg.. beli r ikan baru... yg pergi tetap pergi.. live must go on kawan~ cewah!