Buffet Ramadhan Suatu Pembaziran

Mood: Mengenang kisah lama.

Tiba-tiba harini muncul rasa rindu kat hotel tu. Hotel yang memberi seribu satu kisah pahit dan seribu dua kisah manis dalam hidup aku. Pullman Putrajaya Lakeside,it is indeed a very peaceful and amazing place for the guest but a hell for the workers. Or is it I'm the only one who feels that? Haha. Tak kisah la. Yang pasti, macam-macam pengajaran aku dapat lepas bekerja kat situ. Siap bersumpah aku tak kan jejakkan kaki lagi kat tempat tu. Bayangkan betapa sengsaranya aku masa tu. Tapi sekarang tidak lagi. Hee.

Port terbaek untuk curi tulang

Tepi tangga menghadap tasik dengan angin sempoi punya, aku siap bantai tidur lagi kat sini. Tangga ni jarang orang guna. Tapi memang cun gila pemandangan dia. Agak-agak stress bekerja aku datang sini amek angin.


Buffet line
Jangan terpedaya,nampak je macam banyak tapi lane kiri dengan kanan tu makanan dia sama sebenarnya. Ada lauk-pauk,masakan melayu, cina dan western.


Appetizer: ulam-ulaman

Booth yang paling mendapat sambutan 

Staff pun pakat kerumun booth ni, siap buat ABC sendiri. Yang bestnya kalau buat sendiri boleh letak extra jagung,extra kacang, extra cincau, semua pun extra la. Cendol pun ada.

Manisan Arab: siapa makan confirm kencing rasa manis

Desserts : Pudding
Benda paling menyampah nak buat masa praktikal dulu adalah plating dessert. Aku ni pesen tangan keras, mana reti nak decorate bebagai ni hoi.

Ikan bakar tanpa arang
Tiap-tiap hari kena hadap benda ni, tapi tak sekali pun aku makan sebab aku tak suka ikan. Benda ni jugak penyebab tangan aku yang mulus ni jadi cacat. Masa nak masak tu dia meletup-letup habis baju apron semua kotor. Paling sedap bila dia meletup kat muka. Perghhhh, rasanya memang tak terkata.

Sate bersama abam katang
Aku suka jaga sate ni sebab orang-orang kat sini happening sikit daripada kat booth tu. Lagipun kawasan dia lebih terbuka,berangin. Kalau kat booth, tak bernafas wa cakap lu. Berlaga bontot selalu, panas pulak tu.

See. Punya la sempit, -__-"
 
Tapi paling best kat sini bila waktu berbuka semua pakat tenggong kat bawah, sorok kepala dalam booth, sumbat makanan dalam mulut penuh-penuh. Nak makan pun kena sorok-sorok takut GM guest nampak. Kesian. Orang lain semua makan sedap-sedap sampai membulat perut,yang kami ni terpaksa tahan demi mencari sesuap nasi selepas mereka semua kenyang.

Air pelbagai warna
So pada pendapat aku, berbuka kat hotel, bayar mahal-mahal, ada yang sampai RM100++ seorang untuk satu malam sahaja adalah tak berbaloi. Berapa banyak sangat la makanan yang kita boleh sumbat dalam masa 4 jam tu. Biasanya buffet start dari pukul 7.00 p.m. sampai 11.00 p.m. Pembaziran k.

Bulan puasa ni sepatutnya kita tahan nafsu kita daripada bernafsu seperti binatang. Tapi orang kata, setahun sekali je kan. So terpulang kepada masing-masing. Bagi aku, buffet Ramadhan is a big NO sebab aku kalau berbuka tak suka makan banyak-banyak. Kalau ada buffet sahur maybe boleh dipertimbangkan lagi. Sebab aku makan seperti seorang raja ketika bersahur. Semua benda aku sumbat kasi perut mampat. Bajet macam kalau aku makan banyak, siang hari nanti tak lapar. Ternyata tu semua tidak pernah menjadi kenyataan. Belum masuk waktu zohor pun perut dah merengek manja.


1 comment:

Anonymous said...

agree with u! aku rase kalau buffet nie, mkn desert je byk2... dah la cute, sedap, manis, lazat n boleh mkn byk2.. tp kalau ade roti telur pisang lg best kan? haha